Kerana Kita Membesar 1


Teringat zaman kanak-kanak dulu..
Ada pergi satu program.
Kena berlakon cerita Fathul Mekkah.
Time tu memang dah hafal surah an-nashru.


"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,

dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,

maka bertasbihlah dengan memuji Rabbmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.

Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." (an-Nashru)


Tak pernah tahu surah tu ada kaitan dengan kisah fathul mekkah.
Sebelum bincang tentang lakonan, kumpulan saya di’brief’ oleh ustazah Arfah.
Masih ingat kata-kata beliau,

“Ketika itu, manusia berbondong-bondong menerima Islam,

Islam ketika boleh dikatakan orde dunia baru.”
“Bila agaknya keadaan macam itu akan kembali pada zaman kita..”


Ingat kembali zaman kanak-kanak memang memeberi 1001 ibroh. Orang kata memang tabiat manusia akan lupa. Tapi saya kata, bukan kita yang sengaja lupa, tetapi sepanjang perjalanan kita dari kanak-kanak menuju alam dewasa itu yang menyebabkan kita lupa. Pasti mak ayah kita berikan pendidikan pada kita..Kita pun jadi hairan. Ke mana agaknya semua itu? Kita terfikir. Kenapa sekarang saya jadi begini?

Comments

ibnkhair said…
“Bila agaknya keadaan macam itu akan kembali pada zaman kita..”

Insya Allah
dgn sgl usaha&tenaga yg dikerahkan oleh kita generasi baru zaman ini,
Allah janjikan kemenangan..

sama² doakan..
salam ziarah munir..

Popular posts from this blog

kamu siapa?