Posts

Showing posts from December, 2009

Dariku Untukmu Pemuda-UAO

Image
بسم الله الرحمن الرحيم PERSIAPAN PARA DU`AT sepanjang PERJALANAN DAKWAH ISI KANDUNGAN -Muqaddimah -Persediaan ilmu -Persiapan daya tahan dlaman -Persiapan daya tahana luaran MUQADDIMAH -Kita telah banyak bincangkan bekalan para duat secara tradisi dan klasik - Itu suatu yang penting, tidak boleh diabaikan -Perlu juga bincang persediaan tuntutan semasa PERSEDIAAN ILMU -Bijak cakap tiada ilmu, berkesan tapi tidak tahan lama - Ada ilmu tidak bijak bercakap kurang berkesan tetapi tahan lama -Ada ilmu bijak bercakap tahan lama dan berkesan -Kita perlukan yang tahan lama dan berkesan -Ilmu yagi diperlukan du`at -Ilmu memampuakan menentukan yang syar`ie (ثقافة/فقه الإستبانة) n -Fiqh al-Nusus n -Fiqh al-Waqi`e n -Fiqh al-Muwazanah n -Fiqh al-Aulawiyat n -Fiqh al-Tarjih n -Ilmu memampukan melaksanakan operasi (ثقافة/فقه التنفيذ) n -Ilmu berkaitan pengurusan n -Ilmu berkaitan keterampilan diri n -Fiqh al-Istibanah n -Fiqh al-Nusus n- Memahami nas berkaita...

Aku Wariskan Untuk Kalian!

Image
"Dalam setiap perjuangan itu ada masa meningkat,ada masa menurun. Kekalahan itu sebenarnya bermula daripada kita merasai lemah dan kemenangan itu bermula apabila kita merasai tidak kalah." [SQ]

Tanggungjawab Sosial : Membina Manusia

Image
Alhamdulillah, dalam minggu ini dua kali promosi universiti dari Canada diadakan. Jumlah semua universiti yang datang untuk mempromosikan universiti mereka ada tujuh. Terbukalah sedikit minda ini untuk memilih universiti untuk melanjutkan pelajaran nanti. ~*~ Hari itu dewan agak penuh. Masing-masing menumpukan perhatian mendengar taklimat mengenai universiti pilihan mereka. Hari itu ada dua sesi. Sesi pertama setiap wakil diberi masa lebih kurang lima minit untuk bercerita mengenai tawaran-tawaran yang diberikan oleh universiti masing-masing. Sesi kedua ialah sesi untuk para pelajar bertemu secara individu dengan wakil-wakil tersebut dan menanyakan sebarang soalan. Saya pun terus menuju ke ’booth’ universiti yang menawarkan bidang saya. Dalam kesesakan lalu lintas di kafeteria, saya mendengar satu perbualan menarik. Menarik bukan kerana apa yang dibincangkan tetapi bagaimana wakil-wakil dari universiti-universiti berbicara kepada para pelajar dan bagaimana interaksi mereka ...

Thalut: Sebuah renungan

Image
Maka Thalut dipilih oleh Allah sebagai ketua setelah mereka meminta seorang ketua daripada kalangan mereka untuk memimpin melawan musuh. Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu"... (2:247) Kerana hati mereka menderita penyakit, mereka mempersoalkan kewibawaan Thalut. Atas apa dia dilantik? Dia tida menguasai kekayaan pun bahkan merupakan seorang yang miskin. Apatah lagi darahnya tidak mengalir dari sumber pewaris raja terdahulu. Nah, mereka lupa bahawa di sisi Allah darah keturunan dan kekayaan tidak pernah menjadi sandaran untuk menilai darjat sesorang itu. Kerana itu misi dan visi pandangan yang dinodai oleh nilai materialistik sering sahaja berakhir dengan kehancuran. Sejarah membuktikan hal ini. Rom dan Parsi yang mengambil masa ribuan tahun menaiki tangga kekuasaan suatu ketika dahulu runtuh dan ranap dalam masa kurang dari 3 tahun. Faktor yang memungkinkan perkara tersebut berlaku ada dua: pabila material...

Malam Ini

Image

Hidup Kita Sebuah Proses

Image
Duhai Jiwa, Jangan melihat jauh ke dalam jiwa lain. Sang Pencipta telah menjadikan dirimu sebagai ciptaan terbaik. Pandanglah ke dalam dirimu dan sekitarmu, Nescaya kamu akan melihat pelajaran dariNya. Memang sebahagian manusia seringkali melihat manusia lain sehingga melupakan apa yang ada pada dirinya. Sepanjang kembara ini, aku belajar untuk melihat ke dalam diri. Satu introspeksi yang tiada penghujungnya. Suasana di Islamic Centre Iqro’ tenang. Udaranya segar dan tiupan angin membelai lembut jiwa-jiwa yang penuh bersemangat. Itulah ’air-cond’ Ilahi nikmat untuk hambaNya. Malam itu merupakan malam pertama aku di Jakarta. Setelah melalui hari pertama kembara ke Jawa ini, diriku merasakan semangat yang lebih kuat kerana aku belum mendapat apa yang aku hendaki daripada kembara ini. Satu hari belum cukup untuk menilai misi kembara ini. Setelah selesai makan malam, kami berkumpul untuk mendengar taushiyah yang sungguh bermakna dan berkait rapat dengan diri k...

How to get an A Grade final Exam?

Image
Assalamualaikum, sedang busy prepare utk exam final, saya dapat satu email dari seorang brader...malu tak terkata...kadangkala kita lupa dalam kesibukan harian kita~Semoga bermanfaat.. By Muhammad Alshareef You may know someone who is studying for final exams these days. Final exams are always a nice time to focus on the true exam of life. 1. In school, you can often redo your exam if you fail. In the hereafter, if one fails there is no going back . 2. In school, you often do not know what questions will be asked. In the hereafter, there are only 3 question s: Who is your Lord? What is your Deen? And who is this man who was sent to you? But the answers are answers you live by. 3. In school, we stay up at nigh t to cram for the exam the next day. So too in Allah's exam, we should be staying up in night prayers . 4. In school, we pray and hope and work for an outstanding mark. So too should be our attitude towards Allah's exam. 5. In school, when we get a great mark , we erup...