Tanggungjawab Sosial : Membina Manusia



Alhamdulillah, dalam minggu ini dua kali promosi universiti dari Canada diadakan. Jumlah semua universiti yang datang untuk mempromosikan universiti mereka ada tujuh. Terbukalah sedikit minda ini untuk memilih universiti untuk melanjutkan pelajaran nanti.


~*~

Hari itu dewan agak penuh. Masing-masing menumpukan perhatian mendengar taklimat mengenai universiti pilihan mereka. Hari itu ada dua sesi. Sesi pertama setiap wakil diberi masa lebih kurang lima minit untuk bercerita mengenai tawaran-tawaran yang diberikan oleh universiti masing-masing. Sesi kedua ialah sesi untuk para pelajar bertemu secara individu dengan wakil-wakil tersebut dan menanyakan sebarang soalan.

Saya pun terus menuju ke ’booth’ universiti yang menawarkan bidang saya. Dalam kesesakan lalu lintas di kafeteria, saya mendengar satu perbualan menarik. Menarik bukan kerana apa yang dibincangkan tetapi bagaimana wakil-wakil dari universiti-universiti berbicara kepada para pelajar dan bagaimana interaksi mereka dengan universiti-universiti lain. Sekiranya apa yang ditanya oleh pelajar dan mereka mendapati ada universiti lain yang menawarkan tawaran yang lebih baik, mereka akan mencadangkannya kepada pelajar tersebut. Agak hairan, walaupun mereka sedang bersaing untuk mengumpan kami menuntut di universiti mereka, mereka dengan rendah dirinya mengatakan ”I think you better see Mr/Mrs X. Their universites have a better offer for your course.”

Kerana pendidikan itu tanggungjawab sosial.

Teringat ketika ucapan pembukaan Majlis Anugerah Pelajar 2007 di sekolah lama saya. Pengerusi Lembaga berkongsi sebuah cerita menarik.

”Ada satu mesyuarat yang saya pegi. Saya ditanya ”Kenapa kamu fokus lebih pada kualiti pendidikan dan pembangunan holistik pelajar. Soal keuntungan tak dipedulikan lebih-lebih sangat?”

Saya menjawab ” Kerana bagi kami pendidikan itu tanggungjawab sosial.”

Ya, mudah kata...pendidikan itu tarbiyah (terj.). Tiga perkataan mudah untuk menjelaskan apa itu tarbiyah ialah ”seni membina manusia”. Maka, tujuan akhir tarbiyah ini bukan untuk mengaut keuntungan material tetapi untuk membangun potensi manusia. Manusia adalah faktor utama yang menjadikan sesuatu itu mempunyai nilai. Seperti tanah yang menjadi persoalan kedua. Manusialah yang menjadikan tanah itu bernilai dengan contribution yang diberikan kepada tanah tersebut. Itu persoalan pertama. Bagaimana membina manusia. Jap...apa jenis manusia yang kita hendak bina??

bersambung dalam ruangan ’comment’

Comments

Abdullah Munir said…
manusia jenis apa yg hendak kita bina? Pandangan anda?
manusia yang meletakkan seluruh kehidupannya adlah untuk mendapat redha Allah.

manusia yang menyedari hakikat hidup insan.sentiasa melakukan kesalahan.dan sentiasa juga memperbaiki kesalahan.

manusia yang menjadi salah seorang kepada kembalinya kegemilangan islam (^^,)?
everjihad said…
agak2 nanti nak pilih universiti mana? boleh tau?

agak2 ramai ke ye yg akan dtg UofT?

curious..
Abdullah Munir said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Well Water Safety: Testing, Contaminants, and Treatment Solutions

Iron Filters for Well Water on a Budget: Affordable Options That Work – Your Comprehensive Guide pen_spark