TITIAN FITRAH : SUATU PENGENALAN



“Kerana Islam itu adalah fitrah…dan di atas jalan inilah kami meniti”

Bagaimana Kami Menulis

Saudara-saudaraku yang mulia, Assalamu’alaikum wr. wb.

Amma ba’du

Alhamdulillah, puji syukur kepada Allah yang tiada tuhan selain Dia, dan selawat dan salam

buat penghulu kita, Muhammad S.a.w., keluarga dan para sahabatnya.

Telah datang kepada kita umat Islam yang mulia, suatu masa di mana mereka lalai mempelajari keutamaan-keutamaan agama dan akhlak yang mulia dan tuntutan nabi. Telah datang kepada kita umat Islam yang pintar, tetapi melupakan sejarah panjang Rasulullah dan para pewarisnya. Telah datang kepada kita umat Islam yang hanya mewarisi kepercayaan ibubapa tanpa memahami tanggungjawab sebagai seorang muslim sehingga kita layak ditegur dengan firman Allah s.w.t.

”Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Al-Hadid: 16)

Betapa ingin kami menyampaikan kepada anda semua perasaan dan cita-cita kami yang seharusnya kami kongsikan bersama dengan menulis apa yang enak untuk dibaca dan merdu untuk didengar, dan memberi pahala mereka yang mengamalkannya. Lalu kami bertekad untuk menulis perasaan ini pada helaian-helaian kertas yang anda sedang pegang ini. Kami telah menyaksikan betapa hebatnya pena-pena telah mengukir di atas lembaran catatan sejarah manusia dan kami ingin menjadi salah satu pena yang akan berbuat demikian di masa akan datang. Namun, satu persoalan baru timbul tatkala ingin memulakan usaha ini. Atas sebab apakah kami hendak menulis? Bagaimana kami hendak mengukir pada hati anda dengan mencoret di atas kertas ini? Kerana itulah kami kembali kepada saat ketika kita mula-mula hadir di atas muka bumi ini sebagai manusia yang dipertanggungjawabkan mengemban amanah yang besar daripada Allah. Saat ketika kita semua mempunyai fitrah yang sama dan yakinlah bahawa Islam itu adalah fitrah. Dan di atas jalan inilah kami hendak meniti bersama anda.

”Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.” (Ar-Rum: 30)

Menjadi tanggungjawab kami untuk menjelaskan bagaimana kaedah kami menulis, bahagian-bahagian dan objektif yang ingin dicapai.
Kami membahagikan tulisan kami kepada empat bahagian;

1. Tujahan Nurani
2. IQ (Intisari Quran)
3. Uswah
4. Masa Kini

Comments

AmirSyafiq said…
slm, best2. ana dh try bc tp x hbs lg
Nawfal Fathel said…
entry sampi situ je ke? ke saya yang kerdil ni x fhm?
Abdullah Munir said…
ada sambungan dia...tunggu
Abdullah Munir said…
ada sambungan dia...tunggu
Unknown said…
tak sabar nak tunggu yang seterusnya.

Popular posts from this blog

Well Water Safety: Testing, Contaminants, and Treatment Solutions

Iron Filters for Well Water on a Budget: Affordable Options That Work – Your Comprehensive Guide pen_spark