Ibrah Cuti

..kerana inilah mutiara yang saya kutip sepanjang cuti...


KEM TAHFIZ

 

Al-Quran itu mukjizat agung bagi Rasulullah. Kita sebagai manusia yang mengaku umat Muhammad tidak pantas untuk mengetepikan al-Quran dalam kehidupan harian kita. Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi untuk membantu sebagai fasilitator adik-adik Tahfiz di SMI Hidayah. Peluang ini memberi tujahan nurani…kita menyemak dan memperbetulkan bacaan orang lain sedangkan kita? Adakah kita mempunyai usaha untuk membumikan al-Quran itu dalam hati kita? Kita kadangkala termakan slogan-slogan palsu yang mengatakan al-Quran itu hanya untuk yg 'Tahfiz' sahaja. Lantas kita tidak mengambil manfaat daripada al-Quran yang telah Allah mudahkan untuk hambaNya. Kerana itu, kebanyakan kita hanya mendekati dan membaca al-Quran apabila tiba saat dan 'moment' penting yang kita sangat memerlukan pertolongan Allah seperti apabila kita akan menghadapi peperiksaan, berlaku kematian orang tersayang, ingin Allah beri petunjuk dalam membuat keputusan besar dalam hidup..Adakah waktu-waktu selain yang disebutkan tadi kita tidak memerlukan pertolongan Allah?

 

Adik-adik Tahfiz SMIH, tempoh seminggu bersama antum, amat ana hargai. Antum penyuntik semangat untuk terus menghafaz kalam-kalam Agung ini.

 

Apabila mendengar prestasi antum dan rakan-rakan ana, diri ini terasa begitu jauh ketinggalan sedang diri beberapa kebelakangan ini tinggal dalam suasana di mana di hadapan kita merupakan orang yang tidak mempercayai sama sekali al-Quran, di belakang kita ada orang yang mengaku beriman tetapi tidak pernah membaca apatah lagi mentadabbur kitab ini. Di tepi kiri dan kanan ada orang yang berusaha untuk membuat orang lain tidak percaya apatah lagi meninggikan kalam tersebut. Ternyata semua itu alasan. Bukankah al-Quran itu turun ketika jahiliyah menodai bumi? Di sini letak tanggungjawab kita untuk mewujudkan suasana Qurani dalam lingkungan kita. Ayuh kita mendekati Generasi Quran al-Fariid (unik). Harapan itu masih ada.

 

Dan antum...merupakan insipirasi. Jazakumullah.

 

[munir] mungkin ini kali terakhir di kem Tahfiz SMIH??

 

PKN09

 

Alhamdulillah diberi peluang untuk membantu dalam menjayakan Perhimpunan Karisma Nasional 2009. Suatu kesempatan yang baik untuk ber'muayasyah' dengan da'ie aktivis dari sleuruh Malaysia, mengambil ibrah, nasihat dan mutiara kata-kata yang mengalir dari peribadi dan pekerti mereka. Kejernihan niat dan pengukuhan tekad untuk terus membela agama Allah ini dicas kembali. Apakah bumi SJ ini layak untuk dihuni oleh manusia-manusia yang mengerah seluruh jiwa dan mengorbankan kehidupan mereka untuk tugas mulia ini? Jawapannya kita sendiri harus merealisasikannya.

 

[munir] Adakah perancangan berbulan berakhir dalam dua hari?

 

JUALAN BUKU

 

Mungkin mereka melihat buku hanyalah himpunan kertas-kertas yang dicetak. Tetapi kita seharusna melihat nilai helaian tersebut. Di mana sahaja kerts-kertas itu ditinggalkan, dibiarkan sendirian, masih ada orang yang amat-amat memerlukannya kerana manfaat helaian tersebut tidak akan pernah pudar dengan reputnya kertas itu.

 

[munir] ini sumbangan PaLs untuk dana bangunan baru Hidayah

 

ROAD 2 JAWA 4

 

Alhamdulillah, kesempatan berehat selepas tamat SPM tidak disia-siakan oleh peserta R2J4. Dua minggu bersama mereka dalam kursus intensif di UTM memberi manfaat yang besar. Pelbagai kemahiran, ilmu dan tujahan nurani diterima. Semoga bermanfaat untuk umat kelak.

 

Antara aktiviti:

  1. Public speaking
  2. Creative Thinking
  3. Creative Media
  4. Menembak..
  5. Riadhah
  6. Tazkirah
  7. 7 Habits of Highly Effective People
  8. Kaizen
  9. Photoshop
  10. Communication Skills
  11. Outdoor
  12. Time Management
  13. Car Maintainence
  14. Creative Writing
  15. etc...

 

[munir] rasa sedih dh x dpt bersama mereka a.k.a wardenise mereka~

 

MOS 2010

 

Melihat adik-adik yang merupakan generasi baru SMI Hidayah buat tahun keenam amat menyenangkan. Mereka hadir mewarisi perjuangan tatkala keadaan sekolah sudah jauh lebih selesa berbanding enam tahun lalu. Alhamdulillah, diri ini diberi kesempatan untuk melihat perkembangan adik-adik saat mereka masuk ke alam menengah. Tahun ini merupakan kali ke-6 diri ini dapat menyertai Minggu Orientasi Sekolah (2010).

 

Kejutan tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya ialah jumlah peserta. Alhamdulillah adik-adik kepimpinan SMIH telah melaksanakan tugas mereka dengan baik. Peserta seramai 115 orang harus dibimbing mengenal negeri Hidayah ini. Cabaran besar perlu dihadapi oleh mereka.

 

[munir] terkejut bila masuk dewan melihat lautan adik2 <_>

 

ORIENTASI TINGKATAN 4

 

Mereka yang bergembira selepas PMR memasuki satu fasa baru dalam alam persekolahan mereka. Saat dimana mereka perlu lebih serius dan bersungguh-sungguh kerana hanya yang terbaik akan berjaya. Aliran bidang mana yang perlu diambil? Apakah cita-cita antum? Apa yang hendak antum warisi? Sudahkah menjadi qudwah yang baik? Usia semakin meningkat begitu juga tanggungjawab semakin meninggi. Saat Untuk SEDAR!!

 

[munir] mereka perlu sedia untuk menerajui sekolah~



New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Comments

Popular posts from this blog

Well Water Safety: Testing, Contaminants, and Treatment Solutions

Iron Filters for Well Water on a Budget: Affordable Options That Work – Your Comprehensive Guide pen_spark