Ayuh bercita-cita




Pernah suatu ketika,
ketika kami beraktiviti,
seorang akh tampil ke depan.

Secara zahirnya,
mungkin ramai menganggap beliau tidak cocok dengan apa yang beliau katakan,
pandangan manusia tetaplah pandangan manusia.

Beliau tampil di hadapan kami,
penuh lembut dan sopan.
Teratur dan beradab.

Beliau mula melontarkan kata-kata...
Saat beliau menyatakan cita-citanya..
Menjadi seorang ’international speaker’.
Diri yang penuh ego ini seolah-olah menafikannya.
Dalam benak ’terlalu tinggi citanya..susah untuk diraih’
Tidak yakin beliau mampu mencapainya.

Masa terus berlalu..
Beberapa hari kami beraktiviti di negeri seberang,
beliau sentiasa tampil dihadapan kami,
memberi semangat dan motivasi,
meluruskan niat dalam beramal,
meraih redho Allah..

Masa terus berlalu..
Sampai saat kami ingin pulang ke negara asal kami,
beliau sekali lagi menampilkan diri seperti biasa.
Dengan penuh rendah hati,
beliau melontarkan kata-kata yang membunuh ego diri ini.
Membekas dalam hati yang penuh noda.

Ikhwah fillah. Tentu antum masih ingat perihal cita-cita
yang pertama sekali ana bicarakan sama antum pada
hari pertama ketibaan antum di sini.

Memang Allah itu amat berkuasa dan mengasihi hambaNya.
Rahmat dan nikmat yang Dia berikan tidak terhingga kepada
kita semua sampai kita tidak mampu menafikannya.

Selayaknya kita mempunyai cita-cita. Apatah lagi sebagai
seorang muslim. Tentu kamu ingat manusia kerdil ini yang tidak
mempunyai apa-apa pernah menyatakan cita-citanya untuk
menjadi seorang ’international speaker’.
Memang benar, cita-cita itu tinggi. 
Ana sendiri pada mulanya
tidak pasti bila Allah akan menjadikanya realiti.
Tapi, Alhamdulillah, hari ini Allah mengurniakan nikmat untuk bertemu antum
dari negara seberang yang ana hormati. Kerana kehadiran antum, Allah telah
membenarkan cita-cita ana.

Ana menjadi semakin yakin bahawa setinggi manapun cita kita, insyaAllah
akan tercapai dengan keyakinan kepada Allah.

Kerana cita-cita ana telah menjadi dengan kehadiran antum.
Menjadi seorang ’international speaker. Ana dari Indonesia bercakap
dengan antum, khalayak dari Malaysia..

Bukankah mempunyai cita itu HEBAT!

Qalam Qolbu
Detik-detik menggugah…R2J3
2009

Comments

Unknown said…
kembali menyelongkar citacita lama.

Popular posts from this blog

Well Water Safety: Testing, Contaminants, and Treatment Solutions

Iron Filters for Well Water on a Budget: Affordable Options That Work – Your Comprehensive Guide pen_spark