Untukmu Murobbi


“ Seorang murabbi itu adalah orang tua bagi mutarabbinya dalam aspek keprihatinan dan soal kebajikan. Murabbi adalah syaikh bagi mutarabbinya dalam aspek memperbaiki kualiti ruhi agar dapat menjadi sumber inspirasi. Seorang murabbi adalah ustaz dalam aspek penyampaian ilmu kepada mutarabbinya. Seorang murabbi juga adalah seorang pemimpin dalam mengarahkan dan memimpin mutarabbinya ke jalan Allah..”

“Di jalan para pejuang, tidak boleh kita hanya menerima tanpa memberi. Komitmen kita ialah memberi buah terbaik kepada masyarakat tanpa mengharap ganjaran yang besar. Selama mana matahari masih bersinar, selagi itu kontribusi kita berterusan..”

Pondok Pesantren al-Hikmah (PPAH). Sekolah sederhana ini terletak di wilayah Gunug Kidul, Yogyakarta. Sekolah ini merupakan sekolah yang memberikan pendidikan gratis (percuma) dan majoriti santri (pelajar pondok) datang daripada keluarga yang berpendapatan sederhana ke bawah. Ramai juga santri yang berasal daripada keluarga miskin yang kais pagi makn pagi dan kais petang makan petang. Jika melihat insfrastruktur tidaklah teruk sangat malah ada kelengkapan yang tiada di sekolah aku dulu namun masih ada kekurangan seperti sistem pengairan yang tidak tetap kerana sumber air mereka ialah sumur (perigi). Inilah hasil sumbangan masyarakat yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak yang bakal mewarisi kepimpinan masa depan.

Hari itu merupakan hari kedua aku menikmati udara Gunung Kidul yang segar. Nikmat sebegini jarang dirasai di Malaysia melainkan di kawasan perkampungan yang tidak dinodai oleh urbanisasi yang tidak terancang. Begitulah nikmat semulajadi yang Allah kurniakan untuk hambaNya. Pilihan terletak di tangan manusia untuk menguruskannya dengan hikmah.

Pagi itu, aktiviti kami ialah memindahkan kayu api ke tempat memasak. Kayu api tersebut digunakan oleh para santri untuk memasak. Memang sudah menjadi lumrah di PPAH para santri (pelajar) perlu memasak sendiri makanan mereka. Bagi ikhwan, mereka ditugaskan untuk memasak nasi untuk seluruh pesantren yang memakan masa lebih kurang lima hingga enam jam. Mereka bermula selepas Zohor dan kebiasaannya selesai memasak pada waktu maghrib. Sukar untuk membayangkan sekiranya rutin harian sebegitu tetapi inilah hakikatnya. Bagi akhawat pula, mereka ditugaskan untuk memasuk sayur. Lauk daging, ayam atau ikan pula tidak ditugaskan kepada sesiapapun kerana mereka memang tidak mempunyai hidangan tersebut dalam menu mereka. 

Kami selama di sini memang makan pagi dan malam. Makanan yang ada cuma nasi dan sayur sahaja…,” beritahu seorang santri kepadaku.

Ya Allah, selama ini nikmat yang kau berikan padaku sungguh melebihi dari yang cukup, namun aku sering lupa padaMu yang menurunkan rezeki itu padaku..ampunilah aku Ya Allah..

Hujan mula turun dengan lebat, kami tetap meneruskan aktiviti memindahkan kayu ke tempat memasak yang terletak dalam jarak 30 meter dari tempat kayu api dilonggokkan. Aku melihat para santri begitu semangat memindahkan kayu api tanpa menghiraukan hujan lebat yang turun. Mereka bergantung penuh dengan kayu api tersebut hanya untuk mengisi perut mereka agar mereka mendapat tenaga yang mencukupi untuk belajar dan meneruskan kehidupan. Hidup bersama mereka selama tiga hari membuatku mendefinisi semula makna syukur dalam diriku.

Sedang diri sibuk memindahkan kayu api, akhi Anas Sazali, teman ketika sekolah rendah dahulu, berjumpa denganku. Beliau diberi amanah sebagai ahli jawatankuasa program sepanjang minggu pertama kami di bumi Jawa. Beliau memaklumkan kepadaku bahawa pada sore (petang) hari tersebut, ustaz Ngatni, guru kelab bahasa inggeris PPAH meminta bantuan dua orang ikhwah untuk mengendalikan kegiatan kelab tersebut pada sebelah petang. Aku dan Anas Azlan ditugaskan untuk perkara tersebut. Kami diminta untuk mengajar topic ‘expression’. Expression? Apa yang nak diajar…mungkin kami pernah belajar topik tersebut tetapi terlupa nama topik itu. Untuk mengelakkan salah faham, ana pun pergi bertemu dengan ustaz untuk meminta panduan mengajar. Maklumlah, kali pertama diberi kepercayaan mengajar. Satu perkara yang merisaukan lagi ialah ahli kelab tersebut hampir kesemuanya sebaya dengan aku dan mereka bakal mengambil Ujian Nasional atau singkatannya UN(bukan United Nation), Jika di Malaysia, UN boleh dikatakan sama dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

[macam mana nak ajar mereka?Kalau ajar kanak-kanak bolehla tapi mereka ini sebaya dan ada yang lebih tua…]

Waktu itu tiba juga. Selepas ‘asar, aku dan Anas bergegas ke blok kawasan MA (Madrosah ‘Aliyah). Aku terus menuju ke sebuah kelas yang mana ahli English Club diminta berkumpul di dalamnya.

Dalam kelas tersebut, beberapa santri sudah menunggu. Jumlah kesemuanya 13 orang. Baru ada empat orang. Dalam hati, rasa seolah-olah mereka tidak menghormati kami yang sudi bersama mereka. Namun perasaan tidak baik itu hilang apabila teringat pengorbanan dan perasaan guruku ketika zaman persekolahan dahulu. Nostalgia lama kembali. Mungkin inilah perasaan guru yang tidak pernah saya rasakan ketika saya sering masuk ke kelas lewat, Ya Allah, ampunilah guru-guruku yang telah mendidik aku. Ganjarilah kesabaran mereka dengan syurgaMu. Amiin.

Apabila semua sudah hadir, aku pun memulakan kelas.

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh semua,” ucapku.
Waalaikumussalam warohmatullahi wabarokaatuh,” balas mereka dengan penuh semangat.

How are you? I hope you will be fine and always in Allah’s dignity. InsyaAllah today, I will share with you some knowledge that was given by Allah to me and I hope we will enjoy our class this evening. Before that, it is a pleasure for me if we can start our session this evening with a little ta’aruf from all of us. Is it fine?” aku membuka bicara.

Kami mengambil keputusan untuk berkongsi pengetahuan secara tidak formal. Jadi sepanjang sesi tersebut kami banyak berbincang dan berbual. Alhamdulillah, sesi tersebut berjalan dengan lancar dan mereka memberikan respon yang baik. Aku tidak melihat tanda-tanda kebosanan dalm diri mereka.

Petang tersebut dilalui dengan penuh semangat walaupun yang berada di hadapan mereka hanyalah aku, seorang pelajar lepasan SPM dan sebaya dengan mereka. Mereka amat menghormati aku sebagai orang yang meyampaikan ilmu dan itu yang membuat aku rasa malu. Adakah aku telah melaksanakan hak guru-guruku? Teringat kisah Umar al-Khattab dengan seorang Yahudi yang mengajar beliau cara mengenalpasti jantina seekor anjing. Beliau berdiri apabila orang Yahudi tersebut lalu melintasi beliau. Begitu beliau menghormati sang guru. Bagaimana aku dengan guru-guruku yang bukan hanya mengajar malah mendidik dan membimbing aku mengenali deen Islam ini?

Aku terkesan dengan semangat mereka yang sentiasa membara untuk menjayakan hidup mereka. Walaupun kehidupan mereka serba kekurangan, tetapi semangat juang mereka untuk menuntut ilmu luar biasa. Itulah pelajaran penting yang aku pelajari daripada santri-santri PPAH. Aku beristighfar, betapa ujian kesenangan telah melemahkanku dan menjauhkan aku dariNya.

Ternyata pengalaman ini telah menegur aku betapa mulia kedudukan dan besarnya pengorbanan seorang guru. Pengalaman dua jam mengendalikan kelas tersebut bukannya mudah. Apatah lagi bagi guru-guruku yang telah menabur bakti meyemai benih kefahaman ke dalam jiwa-jiwa generasi masa depan selama puluhan tahun. Bukannya mudah. Jazakallhu khoiron jazaa’ kepada murobbi-murobbiku. Hanya Allah yang mampu membalas keringat peluh dan air mata dalam mendidik diriku yang baru hendak melangkah melihat dunia. Terima kasih guruku.

19 May 2009
[munir] dlm gmbr: santri yg hujung kiri sekali..tgh pegang buku ekonomi..

Comments

Popular posts from this blog

Well Water Safety: Testing, Contaminants, and Treatment Solutions

Iron Filters for Well Water on a Budget: Affordable Options That Work – Your Comprehensive Guide pen_spark