Posts

Showing posts from March, 2010

kerana kita bangsa membaca

Image
Bukankah pena telah mencoret dalam catatan lembaran sejarah manusia? Suasana di bookfair (gerai PTS) Hasil borong~ Seorang guruku ketika sekolah rendah dahulu pernah berkata,  "Sampai bila kita nak baca buku orang? Bila kita sendiri nak tulis buku?.." Kami adalah mata pena yang tajam.. Yang siap menuliskan kebenaran.. Tanpa ragu...ungkapkan keadilan.. [munir] gambar dengan izin Grey Office

Mutiara di Pudu

Image
kerana setiap kejadian ada hikmahnya... Sedang menunggu bas malam semalam, saya mengambil keputusan untuk mengisi perut yang kekosongan (kosong lagi perut mereka di Gaza~). Destinasi yang dituju-gerai makan di hentian puduraya. Memang gerai makan tersebut hanyalah seperti gerai kebanyaka. Namun ada satu mutiara yang boleh dikutip. Ketika hendak membuat pilihan untuk makan di gerai mana (ada banyak gerai)...saya mendapati hampir kesemua gerai menjual jenis makanan yang sama (kurang lebih). Dalam hati terdetik persoalan..macamana agaknya mereka boleh untung (sbb: competition sama...comparative advantage pun cam x de sgt)....dan bagaimana mereka boleh kekal berniaga di situ.. Teringat kisah penjual buah (kisah benar) yang diceritakan seorang akh (saudara) kepada saya. Pernah suatu ketika, ada seorang akh ini hendak membeli bua di sebuah kawasan X. Di situ terdapat sederet kedai buah yang memanjang sepanjang jalan raya. Yang pelik, kesemua kedai itu menjual buah yang sama. Jadi akh seor...

Kerana kita ingin bersama~

Image
Qowiyul Jismi, Kuat Tubuh Badan sehingga dapat mengatur  segala kepentingan bagi jasmani yang merupakan  amanah/titipan dari Allah SWT. jazakumullah buat semua yang terlibat AJK KPAO 2010 Ikhwah Taylors Ustaz Arif (UM) Ikhwah CUCMS antum memang BEST!! semoga bertemu lain kali...dengan jiwa-jiwa baru ar-riyadhoh hiyal 'ibadah

Kenyataan Media AQSA SYARIF

Image
Kenyataan Media AQSA SYARIF 19hb Mac 2010 bersamaan 3 Rabi'ulakhir 1431 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Situasi tegang di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa terutamanya menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan masyarakat antarabangsa dan umat Islam khususnya. Ketegangan yang sudah berlanjutan lebih dari seminggu semakin memuncak apabila pada 16hb Mac 2010, polis Israel bertindak ganas mencederakan lebih dari 49 rakyat Palestin yang cuba melindungi kesucian Masjid al-Aqsa. Rakyat Palestin dan umat Islam tidak punya pilihan melainkan bangkit mempertahankan Masjid al-Aqsa ekoran tindakan Israel membangunkan semula kuil  Hurva  di perkarangan Masjid al-Aqsa. Ia adalah satu tindakan yang jelas bertujuan untuk mengancam Masjid al-Aqsa dan sebahagian dari perancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut dan menggantikannya dengan  Haikal , tempat penyembahan Yahudi yang selama ini menjadi angan-angan mereka. Upacara perasmian kuil p...

H.A.T.I

Image
memang benar Allah menguasai hati-hati kita, memang benar Allah berhak ke atas hati kita, memang benar Allah berkuasa atas cinta kita, Dia berhak memberi dan mengambil semula. pertemuan petang tadi sudah cukup untuk mengubati rindu, rindu yang sebelum ini hanya melalui sms, fb, ym dan sapaan di kaki lima namun tadi, Dia memberi kesempatan kepada kita untuk bertemu, saya yakin kita bertemu atas niat dan langkah yang suci, moga langkah yang mendatang sesuci pertemuan tadi. masih ingatkah perbincangan kita mengenai 'peperiksaan' yang tiada peluang kedua? kita membongkar ayat-ayat cinta dari Allah....melihat betapa 'genius'nya seorang muslim itu, pabila dia dengan sepenuh tenaga..bersiap menuju detik yang tiada 'peluang kedua', ya, itulah kematian yang pasti... dalam kesibukan kita menyiapkan 'assignment', kerja kolej, kerja persatuan, saya pasti ada sela waktu yang boleh kita peruntukkan untuk mengumpul bekalan, perjalanan mendatang penuh ...

Screening : The Message

Image
click picture to enlarge Islamic Bureau High Flyers Club brings to you A film based on the history of the world's influential man in history The man that changes the world An Oscar nominated film more info of the film [link] reviews for the movie [link]  All are invited.....It's FREE The Message Trailer

Mereka di sekeliling..

Image
Mereka di sekeliling kita... Berbicara dengan kita... Bersenda dan bergurau bersama... Tiap hari kita ketemu... Tiap hari peluang itu datang. Cuba hitung berapa hari yang telah kita perbuat sesuatu.. Cuba hitung berapa hari yang telah kita biarkan berlalu... Tanpa sebarang keringat dan peluh... Mereka itu menanti... Tidak pernah mereka menentang... Sama ada belum tersentuh...atau Tidak disentuh... Siapa yang akan menyentuh? Mereka, kita atau Aku? Casa Subang,  0156 | 6.3.10 [munir] can u see me in the picture?

Jika anda memimpin

Jika anda memimpin mereka.. Jangan pernah meminta komitmen dan kesungguhan mereka, Sebelum anda sendiri tunjukkan pada mereka. Anda perlu percaya dan yakin dengan mereka... Di saat itu anda akan melihat mereka adalah bayangan visi anda. [munir] kata-kata ini kepikir begitu aje...