Mutiara di Pudu
kerana setiap kejadian ada hikmahnya...
Sedang menunggu bas malam semalam, saya mengambil keputusan untuk mengisi perut yang kekosongan (kosong lagi perut mereka di Gaza~). Destinasi yang dituju-gerai makan di hentian puduraya. Memang gerai makan tersebut hanyalah seperti gerai kebanyaka. Namun ada satu mutiara yang boleh dikutip.
Ketika hendak membuat pilihan untuk makan di gerai mana (ada banyak gerai)...saya mendapati hampir kesemua gerai menjual jenis makanan yang sama (kurang lebih). Dalam hati terdetik persoalan..macamana agaknya mereka boleh untung (sbb: competition sama...comparative advantage pun cam x de sgt)....dan bagaimana mereka boleh kekal berniaga di situ..
Teringat kisah penjual buah (kisah benar) yang diceritakan seorang akh (saudara) kepada saya. Pernah suatu ketika, ada seorang akh ini hendak membeli bua di sebuah kawasan X. Di situ terdapat sederet kedai buah yang memanjang sepanjang jalan raya. Yang pelik, kesemua kedai itu menjual buah yang sama. Jadi akh seorang ini pun memilih satu kedai dan membeli beberapa biji buah Y. Lalu dia mengambil kesempatan untuk bertanya kepada empunya kedai :
(ini bukan dialog sebenar..tetapi maksud yang hendak disampaikan sama)
akh : Pakcik....macamana pakcik boleh untung ye...sebab saya tengok semua kedai jual buah yang sama..harga pun lebih kurang sama je..
pekedai : Anak...rezeki tu di tangan Allah..pakcik hanya mampu buka kedai di sini je..
beberapa detik kemudian ada sebuah kereta berhenti di kedai buah yang berdekatan dengan akh tadi...
Apa yang terjadi ialah, orang yang berada dalam kereta tersebut telah membeli kesemua buah yang dijual di kedai tersebut...
pekedai : cuba tengok tu..kan rezeki tu di tangan Allah..
akh : ....
Ayuh kita ambil pelajaran dari kisah di atas (ketepikan soal...pekedai tu x berusaha utk buka kedai d tmpt lain)..kita ambil pelajaran di sebalik kisah tersebut...iaitu TAWAKAL.
Jika seorang pekedai mempunyai tawakal sebegitu...bagaimana seharusnya tawakal para da'ie ilallah...
"Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rizki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rizki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di sore hari dalam keadaan kenyang"
(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).
Comments
tak betul kalau kita niat bila kita keje,
'nak cari rezeki'.
yang betulnya,
'keje, nak cari pahala, cari kurnia Allah'.
sebab,
rezeki kita mmg Allah da tetap da.
[6]Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
[7]Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam masa, sedang "ArasyNya, berada di atas air (Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: "Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati" tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: "Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)". {surah hud} ♥
[10]Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
[11]Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki. {Surah Jumuah}
Subhanallah! ♥
p.s: amik econs ke? terperasan dgn term econ ~ 'comparative advantage'
Analisis yang baik sebagai bakal ahli ekonomi. Mari kita bina ekonomi ummah yang adil dan berkebajikan. :)
yup, amik econs..
'rezeki' dari segi pemaknaan masyarakat umum....
ertinya...msh byk sgt yang perlu dilakukan~
2Hazman:Ayuh!!...dan sejahtera~