kisah bubur ayam

Dari kiri: Pak Wawan, Munir, Anas, Irfan, Mas Fatan, Mas Onny, Mas Bambang, 
Ahmad (calon Imam Muda), Abid, Irsyad, Irfan MN, Anas Azlan.

Teringat sebuah kisah..2009

Masjid Jogokaryan, Yogyakarta- Selesai menunaikan fardhu Subuh, kami berkumpul untuk membaca wazifah. Memang menjadi suatu yang diusahakan untuk melazimkan diri dengan membaca zikir-zikir ma'tsur sebagai benteng diri selain mendekatkan diri kepada Allah. Setelah selesai berzikir, Pak Wawan, pengiring kami, mengajak kami untuk berkumpul. Dengan keadaan diri yang masih mengantuk, kami mengerahkan sedikit tenaga kami untuk berkumpul. Ruangan yang menjadi mangsa ialah ruangan berdekatan dengan tingkap masjid tingkat dua. Alhamdulillah, udara yang membelai kami nyaman.

Boleh dikatakan setiap pagi selepas Subuh akan diadakan sesi 'kultum' (kuliyah tujuh minit...walaupun selalu saja lebih..). Pagi itu, Pak Wawan yang mengisi kuliyah. Beliau mengajak kami muhasabah kembali hari-hari yang telah dilalui di bumi Jogja. Adakah ia masih berada atas jalan niat yang suci ataupun sudah menyimpang. Memang berada di bumi bersejarah ini kadangkala membuat kita berfikir antara dua pilihan...tarbiyah atau melancong. Akan tetapi, apabila bersama mereka yang menginfaqkan diri di jalan Allah, akan sentiasa ada jiwa-jiwa yang mengingatkan akan tujuan kami kembali. Alhamdulillah.

Memang pagi itu dingin dan membuatkan perut terasa lapar. Berada di bumi asing menjadikan kami berhadapan dengan pelbagai hidangan makanan. Memang nafsu itu sentiasa tidak berasa cukup.

Kring...Kring...Kring!!
Terdengar suatu bunyi yang 'familiar'. Di bumi Jogja ini hanya ada satu sebab sahaja bunyi loceng didengari; Makanan.

Lantas seorang akh bangun dan melihat ke luar jendela. "Ikhwah...bubur ayam,"

Mendengar nama makanan itu, membuatkan kami hilang fokus seketika...apatah lagi bubur ayam yang dijual di gerobak...pasti enak..

"Pak Wawan, jom kita sambung kat bawah," seorang akh memberi cadangan.
"Jom!! Kali ini, biar ana belanja," balas Pak Wawan dengan sekuntum senyuman.

Sambil menikmati bubur ayam, Pak Wawan melanjutkan kuliyah beliau (kan dah cakap lebih tujuh minit punya). Kali ini, kami disertai ikhwah pengiring yang lain (rujuk gambar). Bertambah meriah..dan bercambah idea dan pengisian...dek semangkuk bubur ayam...
~*~
Ikhwah..memang benar kita selalu didatangi hal-hal yang mengganggu fokus (cth: assignment tiba2, arahan2, S.O.S, blackout dll) kita untuk mencapai suatu pencapaian. Tetapi, akan ada pintu keluarnya yang kadangkala lebih menguntungkan dan memberi kebaikan kepada kita...cuma kita belum cukup berfikir...dan meminta...

Comments

Unknown said…
menyelitkan dunia ditengah kesibukan bertarbiah.
Open Your Eyes said…
Nice moment bro, jom makan bubur ayam lagi ..

Popular posts from this blog

pengatur