Cuti: Ruang Berprestasi
Ikhwah akhwat sekalian (saudara saudari)
Telah selesai kita dalam satu fasa kecil dalam dunia pendidikan akademik. Beberapa bulan yang mendatang pasti akan menemukan kita dengan aktiviti-aktiviti yang telah masing-masing rencana. Akan tetapi, kita perlu terus melihat ke depan. Keputusan yang telah diperoleh akan tamat nilainya sebentar sahaja lagi setelah kaki melangkah ke universiti. Tinggal bagaimana kita memanfaatkan ruang yang ada sepanjang cuti ini. Beberapa saranan yang boleh kita manfaatkan selain dengan urusan-urusan penerbangan:
1. Tingkatkan amal fardi (baca quran setiap hari, solat berjemaah, qiamullail)
2. Mantapkan ilmu. Bacalah buku-buku yang bermanfaat khususnya mengenai Islam (sirah,aqidah,fiqh etc). (kn malu kalau ditanya apa itu Islam, sirah nabi....dll kita x mampu jawab?)
3. berbaktilah kepada masyarakat sekeliling (cth: sertai aktiviti kemasyarkatan)
4. Kembali ke sekolah (cth: junior). Ini salah satu bakti kita pada tempat belajar dahulu.
5. Hargai masa yang ada bersama keluarga. Bantu ibu bapa sebanyaknya. Mungkin selepas ini masa bersama akan berkurang
6. Sertailah majlis dan halaqah ilmu.
7. Belajar memasak
8. ......
lagi menyusul....
[munir] nak balik johor dah~
Comments
selamlah ke dasar air untuk mencari mutiara...
pewira bangsa bukan terletak pada senjata purba...
tapi semangat, mengesan perjalanan ummah!!!