Monday, July 5, 2010

Menang


Artikel sempena melangkahnya kaki ke fasa baru kehidupan, yang mereka gelar alam kampus.


Nyatakan peradaban mana pun, organisasi mana pun, kampus menjadi tunjang kepada perjuangan. Islam mahupun taghut, keduanya meletakkan positioning sumber daya manusia yang terbaik di medan yang kita gelar 'alam kampus'. Perlu diingati bahawa kita dan mereka tidak menganggap alam kampus adalah akhir dari segalanya, tetapi awal dari projek baru yang dinanti. Jadi kemenangan masa depan umat bermula dari alam kampus. Tiada siapa yang saya kenali menafikan hal ini. 

Kemenangan kita

Apabila kita berbicara mengenai kemenangan, apakah yang dimaksudkan dengan kemenangan? Definisi siapa yang perlu kita ikut? Nah, pastinya sebagai seorang muslim kamus definisi kehidupan kita adalah kitabullah. Rasanya tidak perlu saya hurai secara terperinci mengenai kemenangan yang dimaksudkan, pasti anda akan menemui jawapan tersebut dalam tadabbur harian anda. Cuma saya susunnya dalam beberapa kata : Melaksanakan Hak Syahadah.

Sumber kemenangan

Setiap sesuatu mempunyai sumber. Masakan tidak sebuah kemenangan besar yang dinanti tidak mempunyai sumber khusus?

1. Pertolongan Allah
    Kehidupan yang dilalui tidak mungkin mencapai tujuan akhir tanpa pertolongan Allah. Sejauh mana langkah kaki kita dalam menuju kemenangan, mustahil untuk menang tanpa pertolonganNya. Kerana itu, kedaekatan kita dengan Allah adalah satu hal yang perlu dititikberatkan.

2. Berpandukan Al-Quran, menuruti as-sunnah
    Mengikuti kedua tinggalan Rasul tercinta adalah satu jalan kepastian untuk menang. Generasi terdahulu telah membuktikan. Tidak mustahil utnuk kita menghampiri kemenangan mereka kerana kita dan mereka mempunyai al-Quran dan as-sunnah yang sama. Cuma tinggal bagaimana kita menggarapanya dalam kehidupan. Oleh itu, perlu untuk kita perhatikan interaksi kita dengan al-Quran dan as-Sunnah setiap hari. Sudahkah anda mentadabbur satu ayat hari ini?

3. Peribadi yang mantap
    Tidak dinafikan bahawa sebuah kemenangan hanya boleh dicapai dengan adanya manusia berjiwa pemenang. Manusia itu memenuhi syarat-syarat pemenang yang sepuluh. Dirumuskan oleh Imam Hasan al Banna dalam muwashofat at tarbiyah. Maka ke atas kita untuk memerhatikan dan mengevaluasi diri agar berusaha memenuhi tuntutan jiwa pemenang.

4.  Jamaah satu hati.
     Kita tidak mungkin akan memenangkan perjuangan di alam kampus seorang diri. Mustahil. Setiap kita mempunyai potensi yang tersendiri. Maka berusahalah untuk menggabungkan diri dengan mereka yang mempunyai cita-cita dan matlamat yang sama agar segala potensi dapat dioptimakan dalam struktur yang kemas. Kata-kata saidina Ali yang perlu kita ambil pelajaran 'Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun.'

5. Mengenal medan dan orang
    Mengenal medan dan orang ialah dengan mengetahui kepada siapa kita tujukan dakwah kita. Mengenal medan dan orang akan membuka ruang kita utnuk berinteraksi sebaik mungkin dengan masyarakat sekeliling dengan bahasa dan amalan yang sesuai dengan mereka.

Semoga tulisan ini memberi sedikit sebanyak input dan manfaat kepada semua.

[sebuah ringkasan dari karya panjang perjalanan aktivis-aktivis kampus sepanjang sejarah]

sumber:
1. Menuju Kemenangan Dakwah Kampus - Ahmad Atian
2. Menghidupkan Suasana Tarbawi di Mihwar Muassasi - Hadi Munawar


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2 comments:

Anonymous said...

fly canada = menang

+akufobia+ said...

mengembali semangat.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin