Hero 1

Rakyat negara itu lesu dan lemah. Tercabut rasa keberanian dari jiwa mereka apabila diseru untuk keluar berperang. Jika dalam sepuluh pemuda, hanya satu yang sanggup berperang bersama tentera. Itupun belum pasti. Ada juga yang rakyat mereka dikirim secara paksa untuk menjajah negara lain. Diperah dan rakyat berputus asa. Semuanya kerana dipaksa melakukannya dan imbalannya belum tentu diperoleh dengan segera atas pengorbanan dalam keterpaksaan mereka. Tiada belas kasihan antara penguasa dan rakyat. Jika ada penghargaan sekalipun, sama ada atas dasar politik ataupun kerana menjaga hubugan. Mereka yang terkorban, dikenang-kenang dengan sambutan-sambutan yang diadakan puluhan tahun selepas itu dan mereka digelar 'hero' masyarakat.

Cinta itu telah dipaksa. Cinta itu telah lenyap.

<-->

Kedatangan Islam di kota Mekkah itu dilihat asing. Akan tetapi itulah saat cinta mekar kembali dalam jiwa manusia setelah sekian lama menghilang. Cinta itu wujud dalam diri 'hero' ini.

Suatu hari, setelah Abu Bakar menyatakan keIslamannya, ia pernah diseksa oleh masyarakat Quraisy. Dipukul dan dilempar dengan terompah. Nama pelempar tersebut, Utbah bin Rabi'ah. Akibat seksaan tersebut, wajah Abu Bakar bengkak dan berdarah. Setelah beliau terjatuh atas tanah, Utbah tidak berhenti di situ. Terus perut Abu Bakar dipijak-pijak sehingga pengsan dan wajahnya tidak dapat dibezakan lagi dengan hidungnya. Kaum Banu Tamim mengangkat beliau dan membawanya masuk ke dalam rumahnya. Mera yakin bahawa Abu Bakar pasti binasa.

Ketika Abu Bakar mula sedar, cuba teka apakah ucapan pertama yang keluar dari mulut beliau?

"Bagaimanakah keadaan Rasulullah?" Kaumnya terkejut kerana ia langsung tidak memikirkan keadaan dirinya yang baru lepas diseksa. Lalu mereka mengammbil keputusan untuk bertemu ibu Abu Bakar dan menyarankan, "Sebaiknya kamu berikan ia sedikit makanan dan minuman."

Ketika keluarga Abu Bakar memberinya makanan dan minuman, Abu Bakar tidak menjamahnya. Beliau bertanyakan keadaan Rasulullah. Keluarganya menjawab bahawa Rasulullah sihat walafiat dan baginda berada di rumah Arqam bin Arqam. Namun, jawapan itu tidak memuaskan hati beliau. Sebuah kenyataan yang cukup 'heroic' keluar dari mulut beliau, " Demi Allah, aku tak akan makan ataupun minum sebelum bertemu dengan Rasulullah."

Betapa heroic kisah ini. Sebuah tubuh yang baru sahaja dibantai terus menanyakan keadaan orang lain. Apakah dia tidak memikirkan dirinya sendiri? Ini kisah realiti bukan fantasi. Jauh lebih benar dari cerita dan filem superhero yang mengorbankan diri untuk menyelamatkan orang lain. 

Dan ini baru satu kisah dari kisah-kisah heroic yang mewarnai sejarah manusia. Ini kisah benar.

[munir...1] masyarakat sini menyambut hari peringatan mengenang mereka yang berkhidmat dan terkorban dalam memberi khidmat kepada negara. Mereka memakai bunga poppy plastik berwarna merah sebagai simbolik. 

[munir...2] Kita? Kisah yang kita ada jauh lebih heroic. Adakah kita menghargai mereka yang mengorbankan nyawa agar Islam dapat kita nikmati dan hayati? Adakah kita mengenali mereka? 

Pass the stories, by words and actions.

Comments

Ckin Kembaq said…
Subhanallah.. Ternyata iman para sahabat tu sangt tinggi.. =_=
Nawfal Fathel said…
insist to like this post. very like it...

menunggu keluar hiro drpd penulis. pasti mantap

Popular posts from this blog

Well Water Safety: Testing, Contaminants, and Treatment Solutions

Iron Filters for Well Water on a Budget: Affordable Options That Work – Your Comprehensive Guide pen_spark