Sunday, March 28, 2010

kerana kita bangsa membaca

Bukankah pena telah mencoret dalam catatan lembaran sejarah manusia?

Suasana di bookfair (gerai PTS)
Hasil borong~

Seorang guruku ketika sekolah rendah dahulu pernah berkata, 
"Sampai bila kita nak baca buku orang? Bila kita sendiri nak tulis buku?.."

Kami adalah mata pena yang tajam..
Yang siap menuliskan kebenaran..
Tanpa ragu...ungkapkan keadilan..

[munir] gambar dengan izin Grey Office



Sunday, March 21, 2010

Mutiara di Pudu

kerana setiap kejadian ada hikmahnya...

Sedang menunggu bas malam semalam, saya mengambil keputusan untuk mengisi perut yang kekosongan (kosong lagi perut mereka di Gaza~). Destinasi yang dituju-gerai makan di hentian puduraya. Memang gerai makan tersebut hanyalah seperti gerai kebanyaka. Namun ada satu mutiara yang boleh dikutip.

Ketika hendak membuat pilihan untuk makan di gerai mana (ada banyak gerai)...saya mendapati hampir kesemua gerai menjual jenis makanan yang sama (kurang lebih). Dalam hati terdetik persoalan..macamana agaknya mereka boleh untung (sbb: competition sama...comparative advantage pun cam x de sgt)....dan bagaimana mereka boleh kekal berniaga di situ..

Teringat kisah penjual buah (kisah benar) yang diceritakan seorang akh (saudara) kepada saya. Pernah suatu ketika, ada seorang akh ini hendak membeli bua di sebuah kawasan X. Di situ terdapat sederet kedai buah yang memanjang sepanjang jalan raya. Yang pelik, kesemua kedai itu menjual buah yang sama. Jadi akh seorang ini pun memilih satu kedai dan membeli beberapa biji buah Y. Lalu dia mengambil kesempatan untuk bertanya kepada empunya kedai :

(ini bukan dialog sebenar..tetapi maksud yang hendak disampaikan sama)

akh : Pakcik....macamana pakcik boleh untung ye...sebab saya tengok semua kedai jual buah yang sama..harga pun lebih kurang sama je..

pekedai  : Anak...rezeki tu di tangan Allah..pakcik hanya mampu buka kedai di sini je..

beberapa detik kemudian ada sebuah kereta berhenti di kedai buah yang berdekatan dengan akh tadi...
Apa yang terjadi ialah, orang yang berada dalam kereta tersebut telah membeli kesemua buah yang dijual di kedai tersebut...

pekedai   : cuba tengok tu..kan rezeki tu di tangan Allah..

akh  : ....

Ayuh kita ambil pelajaran dari kisah di atas (ketepikan soal...pekedai tu x berusaha utk buka kedai d tmpt lain)..kita ambil pelajaran di sebalik kisah tersebut...iaitu TAWAKAL.

Jika seorang pekedai mempunyai tawakal sebegitu...bagaimana seharusnya tawakal para da'ie ilallah...

"Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rizki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rizki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di sore hari dalam keadaan kenyang"
(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).

Saturday, March 20, 2010

Kerana kita ingin bersama~

Qowiyul Jismi, Kuat Tubuh Badan sehingga dapat mengatur 
segala kepentingan bagi jasmani yang merupakan 
amanah/titipan dari Allah SWT.

jazakumullah buat semua yang terlibat

AJK KPAO 2010
Ikhwah Taylors
Ustaz Arif (UM)
Ikhwah CUCMS

antum memang BEST!!
semoga bertemu lain kali...dengan jiwa-jiwa baru

ar-riyadhoh hiyal 'ibadah

Thursday, March 18, 2010

Kenyataan Media AQSA SYARIF


Kenyataan Media AQSA SYARIF

19hb Mac 2010 bersamaan 3 Rabi'ulakhir 1431
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Situasi tegang di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa terutamanya menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan masyarakat antarabangsa dan umat Islam khususnya. Ketegangan yang sudah berlanjutan lebih dari seminggu semakin memuncak apabila pada 16hb Mac 2010, polis Israel bertindak ganas mencederakan lebih dari 49 rakyat Palestin yang cuba melindungi kesucian Masjid al-Aqsa.

Rakyat Palestin dan umat Islam tidak punya pilihan melainkan bangkit mempertahankan Masjid al-Aqsa ekoran tindakan Israel membangunkan semula kuil Hurva di perkarangan Masjid al-Aqsa. Ia adalah satu tindakan yang jelas bertujuan untuk mengancam Masjid al-Aqsa dan sebahagian dari perancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut dan menggantikannya dengan Haikal, tempat penyembahan Yahudi yang selama ini menjadi angan-angan mereka. Upacara perasmian kuil pada 15 Mac yang lalu yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu adalah percikan api pertama yang akan mencetuskan ledakan besar. Ekoran dari tindakan provakasi ini, Khaled Mish'al tokoh dan jurucakap HAMAS di Damsyik menggesa supaya rakyat Palestin bangkit melancarkan intifadah demi mempertahankan Masjid al-Aqsa dan Tanah Suci Baitul Maqdis. Tindakan Israel membangunkan tempat ibadat mereka di kawasan penduduk Arab yang beragama Islam dan Kristian adalah jelas menggunakan sentimen keagamaan untuk melanjutkan agenda jahat Zionis untuk menguasai Baitul Maqdis.

Perancangan ini adalah seiring dengan pengumuman Tel Aviv untuk meneruskan projek pembinaan penempatan haram Yahudi yang menempatkan tambahan 1,600 unit apartment di Baitul Maqdis timur. Meskipun Israel bersetuju untuk menghentikan projek penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur dalam semua perundingan damai yang dicapai bersama pihak berkuasa Palestin sejak dari Perjanjian Oslo 1993 sehinggalah Konferens Annapolis pada tahun 2007, namun seperti yang dijangka, Israel sama sekali tidak akan menghormati syarat-syarat rundingan damai tersebut. Sudah termaktub di dalam Perlembagaan negara haram Israel bahawa Tebing Barat yang mereka rujuk sebagai 'Judea' dan 'Samaria' adalah bahagian yang integral dari negara Israel dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diwartakan sebagai ibu negara Israel yang abadi. Pembinaan penempatan Yahudi di atas tanah-tanah rakyat Palestin yang mereka rampas adalah bertujuan untuk mengyahudikan Baitul Maqdis. Kehadiran kuil Hurva adalah pelengkap kepada cita-cita untuk menguasai Baitul Maqdis sepenuhnya dengan mengeluarkan rakyat Palestin yang beragama Islam dan Kristian.

Dalam saat-saat situasi cemas yang berlaku kini di Baitul Maqdis timur dan Masjid al-Aqsa maka AQSA SYARIF menegaskan berikut:-

1. AQSA SYARIF menggesa pemimpin-pemimpin negara Islam supaya bersuara dan menyatakan sikap dan pendirian terhadap provokasi Israel di tanah suci Baitul Maqdis. Negara-negara Islam wajib bersatu menggesa PBB supaya memanggil satu persidangan tergempar bagi mengambil tindakan ke atas Israel yang jelas mencabul hak rakyat Palestin dengan mengocak sentimen keagamaan.

2. AQSA SYARIF menggesa masyarakat antarabangsa supaya mendesak Israel menghormati semua syarat-syarat perundingan damai yang telah dipersetujui dengan pihak berkuasa Palestin terutama persetujuan Israel untuk menghentikan projek pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitul Maqdis timur. Tindakan Israel meneruskan pembinaan penempatan Yahudi di sana pasti akan menggagalkan proses rundingan damai dan apa yang dikatakan sebagai penyelesaian dua negara.

3. AQSA SYARIF menggesa Amerika Syarikat supaya berhenti menyebelahi dan melindungi Israel yang telah sekian lama melanggar ketetapan PBB berkaitan hak rakyat Palestin. Pencabulan Israel ke atas hak-hak rakyat Palestin yang diperakui oleh piagam PBB dan Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 adalah berpunca dari dasar luar Amerika yang mempertahankan semua tindakan regim Zionis itu meskipun ia bertentangan dengan prinsip undang-undang dan hak asasi.

4. AQSA SYARIF menyeru umat Islam supaya tidak terpedaya dengan perancangan jahat regim Zionis yang berselindung di sebalik proses rundingan damai untuk melanjutkan agenda pendudukan bumi Palestin dan Baitul Maqdis. AQSA SYARIF yakin bahawa satu-satunya jalan penyelesaian yang ampuh ialah dengan seluruh umat Islam berdiri teguh di belakang rakyat Palestin dan menyatakan solidariti mereka terhadap perjuangan pembebasan bumi Palestin dari pendudukan Zionis. Umat Islam juga wajib membantu baik dari segi kewangan dan moral serta mempertahankan hak rakyat Palestin dalam forum-forum antarabangsa.

5. AQSA SYARIF menyeru semua rakyat Malaysia, khususnya umat Islam supaya tidak melanggan produk-produk yang dikenalpasti memberi sokongan kepada ekonomi Israel. Empat barangan yang jelas menyumbang kepada ekonomi Israel ialah McDonald, Coca-Cola, L'oreal dan Nestle. Umat Islam diseru supaya mengutamakan barangan tempatan dan hanya melanggan produk asing terutama dari Amerika Syarikat yang menjadi sekutu kuat Israel apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan terakhir. AQSA SYARIF mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya menyambut kempen BDS (Boycott, Divestment and Sanction – kempen memboikot, mengalihkan pelaburan dan sekatan) terhadap Israel yang giat diterajui oleh masyarakat madani (civil society)  kumpulan hak asasi dan pertubuhan bukan kerajaan di peringkat global.

6. AQSA SYARIF juga menyeru umat Islam supaya membela Masjid al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam. Kewajipan melindungi masjid tersebut dan tanah suci Baitul Maqdis berada di atas pundak umat Islam seluruh dunia dan bukan menjadi tanggungjawab rakyat Palestin semata-mata.

7. AQSA SYARIF mengalu-alukan peranan yang dimainkan oleh pelbagai NGO yang menyokong perjuangan rakyat Palestin dan konsisten di dalam menyemarakkan kempen solidariti bersama rakyat Palestin. AQSA SYARIF akan terus berganding bahu dengan semua pihak untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia agar menyumbang wang ringgit dan menghulurkan bantuan demi membela rakyat Palestin yang tertindas oleh kekejaman regim Zionis Israel.

8. AQSA SYARIF juga tidak lupa untuk merafaqkan sembah kepada DYMM Yang Dipertuan Agung dan menzahirkan sokongan kepada Kerajaan Malaysia yang tidak pernah mengiktiraf negara haram Israel sejak negara mencapai kemerdekaan dan konsisten di dalam menyanggah pendudukan regim zionis Israel ke atas bumi Palestin.

Sekian kenyataan AQSA SYARIF dan semoga rakyat Palestin terus teguh di dalam perjuangan mereka dan akhirnya kemenangan berpihak kepada pejuang-pejuang di jalan Allah swt.

Ust. Hasanuddin bin Mohd Yunus
Pengerusi AQSA SYARIF

AQSA SYARIF adalah sebuah badan bermotif kebajikan yang didaftarkan di Malaysia No. 729288P. Misi AQSA SYARIF adalah Penyebaran Maklumat tentang Palestin, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. AQSA SYARIF beribu pejabat di Kajang Selangor. No. Telefon: 013-7444428;  E.mail: admin@aqsasyarif. commyhasanuddin@ gmail.com; Laman Web: www.aqsasyarif. com.
sumber : link
__,_._,___

Sunday, March 14, 2010

H.A.T.I

memang benar Allah menguasai hati-hati kita,
memang benar Allah berhak ke atas hati kita,
memang benar Allah berkuasa atas cinta kita,
Dia berhak memberi dan mengambil semula.

pertemuan petang tadi sudah cukup untuk mengubati rindu,
rindu yang sebelum ini hanya melalui sms, fb, ym dan sapaan di kaki lima
namun tadi, Dia memberi kesempatan kepada kita untuk bertemu,
saya yakin kita bertemu atas niat dan langkah yang suci,
moga langkah yang mendatang sesuci pertemuan tadi.

masih ingatkah perbincangan kita mengenai 'peperiksaan' yang tiada peluang kedua?
kita membongkar ayat-ayat cinta dari Allah....melihat betapa 'genius'nya seorang muslim itu,
pabila dia dengan sepenuh tenaga..bersiap menuju detik yang tiada 'peluang kedua',
ya, itulah kematian yang pasti...

dalam kesibukan kita menyiapkan 'assignment', kerja kolej, kerja persatuan,
saya pasti ada sela waktu yang boleh kita peruntukkan untuk mengumpul bekalan,
perjalanan mendatang penuh dengan ujian...yang kita doakan Allah beri kekuatan kepada kita,
menempuh dan mengatasi cabaran itu...dan saya perlukan kamu di sisi...kamu yang ingin saya kongsikan cinta ini..kerana saya membayangkan masa depan...tidak mampu dihadapi seorang diri..

semoga kita terus bersama...menuju mardhotillah

Qalam Qolbu
Casa Subang
1802 | 14 Mac 2010

Sunday, March 7, 2010

Screening : The Message

click picture to enlarge

Islamic Bureau
High Flyers Club

brings to you
A film based on the history of the world's influential man in history
The man that changes the world
An Oscar nominated film

more info of the film [link]
reviews for the movie [link] 

All are invited.....It's FREE
The Message Trailer

Friday, March 5, 2010

Mereka di sekeliling..

Mereka di sekeliling kita...
Berbicara dengan kita...
Bersenda dan bergurau bersama...
Tiap hari kita ketemu...
Tiap hari peluang itu datang.

Cuba hitung berapa hari yang telah kita perbuat sesuatu..
Cuba hitung berapa hari yang telah kita biarkan berlalu...
Tanpa sebarang keringat dan peluh...

Mereka itu menanti...
Tidak pernah mereka menentang...
Sama ada belum tersentuh...atau
Tidak disentuh...
Siapa yang akan menyentuh?
Mereka, kita atau Aku?

Casa Subang, 
0156 | 6.3.10

[munir] can u see me in the picture?

Wednesday, March 3, 2010

Jika anda memimpin

Jika anda memimpin mereka..
Jangan pernah meminta komitmen dan kesungguhan mereka,
Sebelum anda sendiri tunjukkan pada mereka.
Anda perlu percaya dan yakin dengan mereka...
Di saat itu anda akan melihat mereka adalah bayangan visi anda.

[munir] kata-kata ini kepikir begitu aje...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin