dia bersama quran


"Munir...minggu ini quran dah baca berapa banyak?"
~~~

Melihat bayi suci yang sering tersenyum lebar kebelakangan ini begitu mengesani hati saya. Seperti ingin mengetahui apa yang menyebabkan dia gembira. 
~*~
Jumaat lalu, selepas turun dari 'kereta api O' saya terus bergerak ke gymnasium untuk menunaikan solat Jumaat. Selepas bertegur sapa dengan kawan-kawan di luar dewan, saya terus masuk. Pandangan pertama saya, tertuju kepada seorang bayi suci yang duduk bersandar di dinding (bayi pun boleh bersandar). Saya lihat bayi itu sungguh fokus membaca sebuah buku kecil..erm..taknak kacau..terus mengambil tempat duduk di hadapan pembesar suara.

Petang itu, setelah selesai group discussion, saya pergi ke musolla (tempat solat) untuk menunaikan solat 'Asar. Sebaik sahaja masuk ke musolla, terlihat bayi itu masih ada di situ. Kali ini dalam posisi baring sambil membaca buku kecil itu. Saya pun mengambil tempat duduk dan membuat apa yang patut. Sesekali saya memerhatikan dia. Ada masanya apabila sudah penat, dia menukar posisi duduk dan terus membaca. Kadangkala rehat sebentar. Kemudian sambung semula membaca. Begitu bersungguh...macam dapat surat cinta~

Dia menutup buku tersebut dan ingin berangkat pulang ke rumah. Saya ambil kesempatan untuk berbual dengan dia (salam2, tanya2 khabar). Buku yang dibacanya sejak tengahari sampai ke petang tadi..ialah sebuah terjemahan al-Quran. "It's a very good book. I'll finish reading it." Lalu dia beredar.

~*~
"Menjadi muslim adalah menjadi kain putih.." (Mas Salim, SBASM)

[munir] dia baru bersyahadah 10 hari lalu,

Comments

Ainne said…
Teruskan menulis
AmirSyafiq said…
(dh.fhm.mksd.bayi...)
Unknown said…
(like comment amirsyafiq.)woaa.
Rusyda Taqiyya said…
bayi itu anak kecil kan? bagaimana dia masuk islam? maaf saya nggak ngerti
Abdullah Munir said…
Rusyda: bayi yang baru lahir kan suci, nggak ada dosa. Ini simbolis bagi orang dlm kisah itu. Si fulan itu baru sahaja kembali kepada Islam (bersyahadah)..kan seperti bayi yg baru lahir..
Anonymous said…
bayi itu putih..alhamdulillah jika warnai islam
Nawfal Fathel said…
cantik. memang dia habis baca kah? terer. bikin segan...

salam ukhuwwah
Abdullah Munir said…
rasanya kalau dgn kadar mcm tu..dh habis kot...

nta masih di AIM?

Popular posts from this blog

pengatur