Posts

Showing posts from May, 2011

penghubung zaman

Image
Hari ini kita berdiri antara dua zaman. Zaman lalu dan zaman masa depan. Mereka yang lahir pada masa lalu hidup di zaman mereka. Mereka menguasai zaman mereka. Mereka tahu bahawa masa depan (masa kini) akan berubah. Jauh lain daripada masa mereka. Masa terus berlalu. Kini lahir generasi baru. Mereka lahir di zaman yang jauh berbeza daripada masa lalu. Memang mereka pantas menguasai zaman ini. Sampai satu ketika, mereka merasakan bahawa mereka lebih menguasai zaman ini berbanding generasi lalu. Memang benar ada perkara di zaman ini yang kurang difahami oleh mereka di zaman lalu. Begitu juga sebaliknya. Jangan lupa, kita berdiri antara dua zaman. Zaman lalu dan zaman masa depan. Masa lalu perlu dihubungkan dengan masa depan. Dan tugasnya terletak pada mereka yang lahir zaman ini. Mereka yang menguasai zaman ini ialah mereka yang mampu menghubungkan masa lalu dan masa depan. Bukan memutuskannya. Mereka yang hebat menguasai zaman ini dengan mencari titik pertemuan antara masa lal...

ada tiga

Image
17/5/11 Peribadinya sederhana. Muwajih itu mula berbicara ringkas; ~*~ Ada tiga cara untuk hidup sederhana. 1. Memasang niat - Banyak himpunan hadis bermula dengan hadis prihal. - Pelbagaikan niat apabila hendak berniat (e.g bila datang satu program, banyakkan niat) 2. Memasang target - Tiada target dalam beramal seperti membiarkan layang-layang terputus tali, bebas dibawa angin. - Target boleh meringkaskan hidup.Selepas 23 tahun kerasulan, umat Islam berjaya dengan izin Allah, mencapai hasil ratusan dan ribuan tahun jika dicapai oleh manusia-manusia lain. Tidak mungkin ini terjadi jika Rasulullah tidak mempunyai target yang jelas. 3. Memasang strategi - Mencari jalan yang terbaik untuk mencapai target "Siapa berhenti berinovasi, dia menjadi bagian dari sejarah masa lalu" [munir] kan dah kata, ringkas. [munir] Pak. M titip salam buat semua peserta R2A, R2J 1-4 dan R2S.

manusia, khalifah, Allah dan D.....

Allah menciptakan manusia dengan tanggungjawab... tanggungjawab sebagai HAMBA dan KHALIFAH... apa tanggungjawab tersebut? ikuti di sini TARBIYAHONLINE ... best2

kembara hati

Image
Selesai mesyuarat via sms. ~*~ Program kita ditundakan sehari atas masalah beberapa ikhwah terdampar di Regina akibat cuaca buruk di Manitoba-Saskachewan. Rancangan asal 3-4 Mei ditunda ke 4-5 Mei. Pasti ada hikmah desus hati kecil. Pagi 3 Mei: Hujan turun sepanjang hari di tempat program yang dirancang. (Ada hikmah program ditunda sehari..Alhamdulillah) Kembara Hati kali ini bertemakan ayat 3:190-194  Jom berjalan, melihat dan mentafsir~Biar gambar menceritakan segalanya~ 4 Mei 2011 Webster Fall, Hamilton Day 2: sambung nanti~

Hilwi dan Lila

Image
"..jika mengembara, cari dan selami kisah-kisah perjuangan di tempat yang dituju.." Pada tahun 1871, sejarah telah mencatatkan kisah 13 orang yang berlabuh di pantai timur negeri ini. Pada tahun 1931, census mencatatkan sebanyak 645 orang. Mereka merupakan muslim terawal yang menetap di sini. Kini dijangka berjumlah lebih kurang satu juta orang. ~*~ Pada awal 1930-an, sekumpulan wanita Islam telah bertemu dengan datuk bandar, John Fry, dengan tujuan untuk memohon sebidang tanah untuk pembinaan masjid. Ketika pertemuan itu, John berkata kepada mereka, 'Kamu tidak ada duit untuk membina masjid." Dengan tegas dan penuh keyakinan mereka menjawab, "Kami akan dapatkan duit itu." Syarat yang dikenakan: sejumlah wang sebanyak $5000. Satu jumlah wang yang besar di masa ekonomi sedang merudum. Mereka tidak mengalah. Mereka pusing sekeliling bandar mengetuk pintu-pintu kedai tanpa mengira agama dan bangsa meminta sokongan.           ...