Friday, May 27, 2011

penghubung zaman



Hari ini kita berdiri antara dua zaman. Zaman lalu dan zaman masa depan.

Mereka yang lahir pada masa lalu hidup di zaman mereka. Mereka menguasai zaman mereka. Mereka tahu bahawa masa depan (masa kini) akan berubah. Jauh lain daripada masa mereka.

Masa terus berlalu. Kini lahir generasi baru. Mereka lahir di zaman yang jauh berbeza daripada masa lalu. Memang mereka pantas menguasai zaman ini. Sampai satu ketika, mereka merasakan bahawa mereka lebih menguasai zaman ini berbanding generasi lalu. Memang benar ada perkara di zaman ini yang kurang difahami oleh mereka di zaman lalu. Begitu juga sebaliknya.

Jangan lupa, kita berdiri antara dua zaman. Zaman lalu dan zaman masa depan.

Masa lalu perlu dihubungkan dengan masa depan. Dan tugasnya terletak pada mereka yang lahir zaman ini. Mereka yang menguasai zaman ini ialah mereka yang mampu menghubungkan masa lalu dan masa depan. Bukan memutuskannya. Mereka yang hebat menguasai zaman ini dengan mencari titik pertemuan antara masa lalu dan masa depan.

Jadi, untuk menguasai zaman ini, kita perlu ambil sesuatu dari masa lalu untuk dihubungkan dengan masa kini. Kemudian, dihubungkan dengan masa depan. Bukan semua di masa lalu tidak relevan. Jangan buang masa dengan meruntuhkan kembali bangunan yang sedang dibina. Tapi perlu pandai memanfaatkan peluang dari bangunan yang dibina.

Dengan syarat, kita cuba memahami masa lalu.
Dan ingat, kita berdiri antara dua zaman.

[munir] terjadi satu perbualan di kantin~

2 comments:

AmirSyafiq said...

(gambar dia smart..)

YamaShita KaiTo said...

haha~ macam pening-pening sikit ayat dia..

tapi benarlah kata-kata anta. huhu~ :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin