Hilwi dan Lila
"..jika mengembara, cari dan selami kisah-kisah perjuangan di tempat yang dituju.."
~*~
Pada awal 1930-an, sekumpulan wanita Islam telah bertemu dengan datuk bandar, John Fry, dengan tujuan untuk memohon sebidang tanah untuk pembinaan masjid. Ketika pertemuan itu, John berkata kepada mereka, 'Kamu tidak ada duit untuk membina masjid." Dengan tegas dan penuh keyakinan mereka menjawab, "Kami akan dapatkan duit itu." Syarat yang dikenakan: sejumlah wang sebanyak $5000. Satu jumlah wang yang besar di masa ekonomi sedang merudum. Mereka tidak mengalah. Mereka pusing sekeliling bandar mengetuk pintu-pintu kedai tanpa mengira agama dan bangsa meminta sokongan. 
(ada kisah lain selepas itu....di sini)
...dan mungkin hari ini kita sedang memasukkan satu bata dalam susunan ribuan batu-bata untuk membina sebuah masjid besar yang pasti akan siap. Cuma tidak tahu bila. Yang pasti, masjid tersebut tidak akan siap jika tiada siapa yang mula meletekkan satu bata...
Oh, saya lupa. Nama masjid tersebut ialah Masjid Ar-Rashid. Edmonton, Alberta.
Comments
Assalamualaikum. Just nak bagitau yang link diletakkan dalam post ni pasal masjid Canada tu tak boleh tekan sebab link tu sambung ke file dalam laptop enta. Link tu tak bersambung ke website yang sepatutnya.