gua tak mampu

Dapat dari blog YDP IKRAM Johor [link]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~``
Kami Tak Mampu
Tidak sedarkah engkau wahai sahabat yang dirindukan,
keretapi dah mula berjalan,
sempat dikejar lagi kerana masih perlahan.
Dan aku dapati engkau semua masih khayal dan penuh perasaan
menyanyikan senikata lagu lapuk yang kudengar sejak dari awal dulu:
“kami tak mampu, tak mampu, tak mampu…”
Aduh, sampaikan telingaku dah naik berbulu!
Seandainya tak mampumu disertai dengan usaha,
sekurang-kurangnya kurasa berpada juga.
Ini kulihat semuanya pakat rehat dan duduk saja,
tiap hari, yang rajin diproses berkilo-kilo tahi mata…
Maafkan aku dek ketajaman kata dan gaya bahasa.
Memang ianya melukakan bagai menelan racun yang berbisa,
tetapi lambat laun penyakit ‘tak mampu’ ini perlu dihapuskan juga !
Asyik-asyik kudengar kau rajin berkata:
“Duhai sahabat, bagilah kami masa…”
Terangkan maksudmu masa yang macam mana,
sebab tidakkah pelik engkau sendiri pun rasa (agaknya)
bilamana kefahamanmu ada, tapi perlaksanaan tiada?
Kalau nak tunggu engkau sempurna kesemuanya,
entah bila waktu itu akan tiba?
Dan madah “kami tak mampu” itu sedap benarkah menjadi halwa telinga?

Isy! Mengapa nak bertindakpun engkau kecut perut ?
Takutkah tersilap, bimbang orang lain akan menyebut?
Bukankah jika terjadi kesilapan atau kelemahan
sekurang-kurangnya membolehkan kita belajar dari pengalaman?
Ayuh, laksanakanlah Islam dengan kekuatan dan persediaan yang ada,
perbaharui Iman, pertingkatkan kemampuan dari semasa ke semasa.
Bukankah itu lebih baik daripada duduk saja,
berpeluk tubuh membuang masa?
Takut nanti bila ujian Allah datang melanda,
engkau tergaru kepala terpinga-pinga.
Bukankah jika di waktu itu juga baru kalut-kalut nak mula,
mustahillah barisan Islam yang mampu bekerja boleh terbentuk dalam sehari dua.
Jadi hambat keretapi yang semakin deras bergerak sebelum terlewat masa,
dapat menyempit di gerabak hujungpun dah mujur besar rasanya.
nukilan Nawar M. Adiy, Petaling Jaya, 31.12.1986
dipetik dari “Ke mana Hendak Dituju” Susunan  Mustafa Ramadan.

Comments

-man ana- said…
T_T.. jazakallah khair akhi..

Popular posts from this blog

kamu siapa?