anggap seperti melihat bebola kaca

Sepanjang lima tahun itu, tiga kali saya bersemuka dengan guru saya itu (dengan serius). Memang tidak banyak, tetapi setiap satu itu memberi makna.

credit: stock-by-kai

Kali pertama;
Setiap hari Jumaat merupakan hari Majlis Diskusi Pelajar (MDP) atau yang biasa dikenali sebagai pertemuan usrah. Kami akan berkumpul mengikut kumpulan-kumpulan kecil untuk belajar memahami tentang islam. Pertemuan pada hari jumaat tersebut hanyalah salah satu daripada sekian banyak bentuk-bentuk pertemuan lain, baik dalam aktiviti sekolah mahupun di luar.

Ketika itu di tingkatan dua.
Seperti biasa, setiap kali hadir ke MDP, saya akan bawa buku catatan. Memang pembimbing kami menekankan aspek tersebut. Namun, pagi itu sedikit kelam-kabut. Buku catatan tertinggal di rumah. Lalu saya mengoyak sehelai kertas daripada buku catatan lain untuk mencatat pengisian dalam sesi tersebut dan terus ke tempat pertemuan.

Beliau singgah di tempat kami untuk memantau.
"Mana buku nota, kertas koyak2 itu nanti dibiar sepah merata..macam mana nak jadi murobbi...".
Kata-kata ringkas tapi terasa. zaaas!

Sejak itu sehingga hari ini, masih ada dalam simpanan catatan2 setiap pertemuan (mostly).

[munir] munazhom fi syu'unihi (tersusun dalam urusan) merupakan aspek yang penting untuk kita.

Kali kedua;
Ketika itu saya berada di tingkatan tiga. Tahun peperiksaan PMR. Pada semester kedua, satu sesi khusus untuk kami telah diadakan secara berkala pada hari-hari tertentu. Tujahan Nurani (TN) - nama sesi tersebut. Saya diberi tanggungjawab untuk menguruskan sesi tersebut.

Tarikh peperiksaan semakin hampir. Masing-masing sibuk dengan latih tubi dan mengulangkaji pelajaran. Kata-kata hikmah dan motivasi ditampal di soft board dan dinding kelas.
---
Dan pagi itu sesi TN diadakan. Kata-kata beliau ringkas tetapi mengena.

"Cuba nilai...dalam banyak2 yang kita tampal dan hias di dinding kelas...kata-kata motivasi dan sebgainya, yang mana untuk hati?"

Dalam sibuk mengejar 'kecemerlangan', terlupa seketika apa itu 'kecemerlangan' kita.

Kali ketiga;


Ketika itu berada di tahun-tahun akhir pengajian di bumi petunjuk. Berada dalam barisan yang diberi amanah untuk memimpin pasti akan menghadapai masalah, baik dari dalam barisan mahupun luar. Di usia yang masih mentah, menemukan penyelesaian memerlukan hikmah yang lebih luas.

Kali ini, saya perlukan hikmah tersebut. Saya bertemu dengan beliau.
Katanya, "Bila terlibat dengan dunia yang lebih luas, masalah-masalah yang berlaku dalam ruangan kecil kita (konteks semasa itu = sekolah) sebenarnya sangat mudah. Anggaplah seperti sedang melihat bebola kaca. Kita dapat melihat semua sisi. Jika masalah di satu sudut, kita terus nampak penyelesaiannya." Jangan memberatkan masalaha yang ringan.

Itu tigu kata.

- - -

Kunci Selatan,
1504

Comments

AmirSyafiq said…
ingat lg anta ek..?
Abdullah Munir said…
alhamdulillah..tiba2 ingat benda2 itu...

Popular posts from this blog

pengatur