of exam

Alhamdulillah, AllahuAkbar buat semua yang akan habis final exam untuk semester ini.
Semoga usaha2 antum diberkati dan diredhai Allah. 

Serius jalan masih panjang. Lagi panjang dari Rideau Canal

Marilah sama-sama kita 'menyambut' dengan tahmid dan syukur kepada Allah. Dan terus bersiap sedia untuk menghadapi exam yang kita takkan tahu bila dan takkan boleh repeat atau defer.

Penuhilah hari-hari seterusnya dengan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan iman dan amal. Terus panjatkan doa dan lazimi ibadah sunat dan memantapkan mutabaah 'amal.
Semoga Allah memelihara anda semua.

Bagi yang akan bermusafir, semoga per'musafiran' antum dapat meningkatkan iman.
Semoga kita tetap istiqomah dalam tarbiyah. Aameen.

Semoga kita tidak terlalai dengan 'freedom' yang tak beberapa 'freedom' ini.
Semoga kita tidak menjadi hamba peperiksaan.
Semoga kita menjadi rabbani.

- munir -
(belum habis exam)

Comments

Anonymous said…
all the best ~ buat yg belum habis~

Popular posts from this blog

kamu siapa?