Posts

Showing posts from March, 2009

Ketika Du'at Memimpin

Image
Padi. Ketika meninggi ia merendah. Alhamdulillah. Allah masih memberi kesempatan saya untuk terus berkarya. Dewasa kini, di mana-mana orang berbicara mengenai politik…Ops..sensitif ke? Isu ini memonopoli media arus perdana hampir-hampir makalah, surat khabar, majalah, televisyen semuanya mengutamakan isu ini. Politik kotor, politik bersih, rasuah, skandal dan macam-macam lagi menyerabutkan lagi dunia politik masa kini. Egoisme, kronisme dan familisme…ahh sukar diri yang masih muda ini memahami! Apa kaitan isu ini dengan diri saya? Ingin saya ceritakan sedikit pengalaman saya terlibat dalam dunia politik (baca: tempias dunia politik). Ketika zaman persekolahan dahulu, dalam kesibukan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sempat saya menghabiskan sebuah buku yang amat berkesan bagi saya. Dalam sela-sela mengulangkaji, saya berusaha sedaya upaya untuk menamatkan pembacaan buku tersebut sebelum tamat SPM. Ops..terlupa, judul buku tersebut ialah ‘Belajar Dari Dua Umar : Kenyangkan Per

Journey To XCELL.....Go Team Johor!!

Image
Masjid al-Mukhtar: Hotel ibadah kami 3h/2m Talk bersama DD Asleh Nafsaka Wad'u Ghoirok YDP JIM P.Pinang : Ir Jamaluddin Kaler tema XCELL: Kuning/yellow/sofro' TJ a.k.a Team Johor-dulu kini selamanya..menyerlah jauh dari yang biasa! me:giving last word..kalian adalah wakil remaja JOHOR!!tanggungjawab besar pd antum! antara gambar XCELL...nantikan update... p.s-tgh siapkan laporan pnh (i)

Pray for us..

Image
Assalamualaikum, Mohon doa pengunjung agar perjalanan program kami baik dan diberkati Allah... InsyaAllah malam ini 14/3/09 kami akan bertolak dari Sri Putri menuju Pulau Mutiara(P Pinang) utk berprogram selama 3 hari...bukan ana ttp adik2 batch 11.. doakn Mudah2an prog yg mrk bakal tempuh menguatkan lagi jati diri sebagai barisan duat penyokong dakwah...gen-Y wajib mewarisi.. doakn ana sekali, Abdullah Munir, Pengiring, Excell 2009. p.s/ ingatkan ana utk isi borang/kpd ikhwah akhwat x-gen, minta tlg bgtau ana borang2 yg perlu diisi sblm 18/3...please...incase terlupa/terlalai..jzkk

Manusia Untuk Sebuah Peradaban-Part 2

Image
Ini sambungan yang lepas Part 1. Rencana hijrah terlalu halus untuk disedari oleh pemimpin Quraisy ketika itu. Tiba-tiba sahaja Mekah terasa lengang dan sepi. Wajah-wajah umat Islam perlahan-lahan menghilang. Rencana ini tidak mampu dirahsiakan selamanya. Akhirnya orang-orang musyrik Mekah mengetahui bahawa kaum Muslimin telah berhijrah ke Madinah. Namun begitu, proses penghijrahan telah hampir selesai. Gemparlah seluruh penduduk Mekah. Sebuah episode baru dalam sejarah telah bermula: sebuah gerakan telah berkembang menjadi sebuah negara, dan sebuah negara telah bergerak menuju peradabannya; sebuah agam telah menemukan “orang-orangnya”, setelah itu mereka akan menancapkan “bangunan peradaban” mereka. Tanah, dalam Islam adalah persoalan kedua kerana yang berpijak di atas tanah adalah manusia. Maka, kerana itulah Islam menjadi kukuh dengan menyemaikan dirinya dalam ruang pemikiran, ruang jiwa, dan ruang gerak manusia. Tanah hanya akan menjadi penting ketika komuniti “manusia baru” tel

Alhamdulillah..habis pun baca..

Image
Assalamualaikum wbt Kali ini ana nak kongsikan kpd antum sebuah buku 'best' yg baru habis dibaca td. Buku ini sebenarnya merupakan buku teks Fiqh Sirah sekolah Hidayah(kt sek x amik subjek ni tu yg x baca lg)..cuma kulit dan bahasa yg lain..ana cadangkan bg mereka yg x tahu nak baca buku apa, bacalah hasil pengamatan sirah nabi yg 'best' ni..insyaAllah x rugi Karya ini merupakan lembaran-lembaran berharga tentang rentetan perjalanan Nabi Muhammad Saw., yang dirangkum oleh Dr. Musthafa as-Siba’i. kehadiran buku ini-oleh beliau-dimaksudkan untuk menggugah semangat para generasi Islam dan para duat, agar mereka menekuni sejarah Nabi Saw. yang asli. Orang yang merenungkan catatan-catatan dalam buku ini akan mudah menyimpulkan bahwa Dr. Musthafa As-Siba’I, telah menyelami perjalanan Nabi dalam perspektif dakwah, juga dalam perspektif risalah dan kerasulan. Setelah melalui pengamatan dalam upaya “sepandang kilas” langkah-langkah Nabi Saw. dalam medan dakwah dan penyebaran hid

Manusia Untuk Sebuah Peradaban-Part 1

Image
Tengah susun/kemas/cari file2 lama dalam komputer...terjumpa satu artikel yg ditulis ketika form 4 dulu...time tu semua f4 diminta tulis satu artikel utk subjek aqidah..artikel ttg apa2 yg kita nk tulis..terpulang.. jd ana sajikan utk antum.. Manusia Untuk Sebuah Peradaban Oleh: Abdullah Munir Mohd Aizaini Hanya akal-akal raksasa yang dicerahkan wahyu mampu menjadi pimpinan peradaban kehendak Allah. Di mana mereka sekarang? Saat anda membaca tulisan ini, ratusan ribu orang pelarian menjadi pelarian di negara mereka sendiri. Sistem khilafah Islamiyah tidak wujud lagi dalam pemerintahan dunia sejak kejatuhannya pada tahun 1924. Negara-negara Islam saling tidak memahami hanya kerana perbezaan kultur dan bangsa. Sebahagian besar negara-negara Islam menjadikan Islam sebagai dasar mereka tetapi hanya pada nama sahaja. Penularan kotoran-kotoran sekular menyemukan fikiran-fikiran para pemimpin Negara Islam menjadikan mereka meraba-raba di dalam cahaya yang terang. Semua ini adalah kerana mere