Sunday, September 19, 2010

Joy

Kanak-kanak bermain di 'Eid Festival' di Carleton University

'Assalamualaikum, can I have one pizza please,' minta saya kepada penjual pizza di gerai Yaseen Pizza.
'Jazakallah khair,' ucapku setelah membayar dua dollar dan diberi sepotong pizza.
Saya kembali berkumpul bersama kawan-kawan di bawah sebatang pokok yang rendang. Alhamdulillah cuaca hari itu cukup indah seolah-olah turut bersama merayakan hari kegembiraan itu. Subhanallah.

~*~
Selesai makan, saya menuju ke 'fieldhouse' untuk meninjau sambutan raya yang diadakan di dalam dewan tersebut.

Kelihatan separuh dewan dipenuhi gerai-gerai yang menjual produk muslim. Separuh lagi dewan dipenuhi dengan permainan kanak-kanak. Ramai juga orang yang hadir.

Kenapa gambar di atas saya pilih...
Kerana apa yang menarik perhatian saya ialah kegembiraan yang terpancar di wajah khalifah-khalifah kecil itu. Seolah menarik perasaan saya untuk turut gembira. Namun, tidak terkata kegembiraan yang bagaimana. Adakah ini yang dimaksudkan oleh Allah antara dua kegembiraan orang yang berpuasa? 

Bagaimana ya keadaan sahabat-sahabat di sini? Adakah gembira?Adakah sedih? 
Bagaimana setelah seminggu setelah Ramadhan? Moga momentum Ramadhan masih ada...

Moga gembira dengan benar...saya doakan. Anda doakan. Kita bersama..

[munir] untuk diri...jangan lupa puasa enam~

1 comment:

+akufobia+ said...

gembira sebab da mula berperasaan nak ada sendiri punya khalifah kecil.hee.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin