kerana burung itu

Sedang menunggu bas di sebuah perhentian di Heron, aku mengambil kesempatan memerhati alam sekeliling memandangkan inilah kali pertama aku menjejak kaki di kawasan tersebut. Cuaca ketika itu agak sejuk.

Aku mendongak ke langit melihat awan yang putih bersih. Tiba-tiba beberapa ekor burung putih terbang melintas. Sungguh indah ciptaan Allah itu. Namun, apa yang menarik perhatianku ialah pada sifat burung tersebut.

Aku teringat mengenai satu syair dalam buku Raqaiq (Pelembut Hati) oleh Abu Ammar yang mempunyai kaitan dengan burung yang terbang tinggi dengan iman. Syair tersebut mengatakan bahawa burung yang terbang rendah berhadapan dengan risiko yang lebih besar untuk ditimpa kemalangan atau bahaya seperti dilanggar kennderaan dan sebagainya. Manakala burunng yang terbang tinggi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk dilanggar. Kemudian penulis syair tersebut mengaitkan pula dengan iman. Begitulah iman kita. Jika hendak selamat, usahakanlah agar iman kita terus terbang tinggi dan jika jatuh rendah, usaha lagi untuk terbang tinggi.

Bukankah hikmah dan pengajaran itu ada pada alam sekeliling? Tinggal kita untuk terus memerhati.

South Key
2303 | 23.11.10

Comments

Ckin Kembaq said…
Sy suka dengan perkaitan antara burung dan iman tu..moga ada manfaatnya..n_n..
-man ana- said…
Syukran akhi! :)
(3:190-191)
Wani said…
Like.
Pengsian yg ringkas,ringan dan mantap.
Kdg2 kat ngr org, bnda yg dah biasa kita lihat di ngr sendiri..akn rasa lbh trsentuh.

Kalau ada gambar air terjun niagara dan apa2 kebesaran allah lg di canada,update dlm blog.
Unknown said…
likelikelike.hee.terbang rendah tinggi.

Popular posts from this blog

kamu siapa?