Kerana tulisan ini untuk kita..

Kita..
 
Memang indah kalau kita mempunyai cita-cita.
Kita semua punya cita, mereka juga punya cita.
Si anak dalam filem Laskar Pelangi juga punya cita.
Tanya mereka yang di sekeliling kita, apa cita mereka.
Ada yang ingin membina bangunan pencakar langit tertinggi dunia.
Ada yang ingin membangun sebuah perusahaan mega bernilai trilion dolar.
Ada yang ingin menjadi tokoh pujaan ramai.
Ada yang ingin menginja-inja di atas pentas di hadapan lautan manusia.
Ada juga mereka yang ingin mendapat kelulusan akademik yang terbaik dunia.
Ada juga mereka yang ingin....itulah cita. Banyak yang tidak terkata.
Ada yang dilihat mustahil dan ada juga yang dilihat 'mungkin'.
Ada juga yang dilihat mustahil tetapi menjadi benar akhirnya..
Dan begitu juga sebaliknya. Kerana cita itu abstrak..
Terserah bagaimana kita memberi definisi..
 
Kerana cita itu lumrah semulajadi...apa pula beza cita kita dengan mereka?
 
Mereka membina..kita membina
Mereka belajar..kita belajar
Mereka beraktiviti..kita beraktiviti
Apa beza kita dan mereka?
 
Kadangkala kita mendengar slogan..'Jangan Banyak Cita!!"..
 
Bukankah itu slogan memanggil kematian?
Bagaimana mungkin kita hendak menjayakan sesuatu tanpa bermimpi?
 
Kita..
 
Rasulullah juga penuh dengan cita..
Masihkah ingat saat ketika kaum muslimin memerah keringat dalam perang Ahzab?
Sebuah batu besar menjadi halangan mereka untuk meneruskan kerja..
Maka nabi yang mulia itu datang..dengan tangannya...memukul dengan izinNya
Tiga pukulan sudah memadai untuk memancarkan cita.
 
Cuba lihat dan perhatikan cita baginda!
 
Kisra, Rom dan Shan'aak..bakal dibebaskan..
Bukankah itu satu cita yang dilihat mustahil!
Kuasa besar dunia dikalahkan oleh sebuah bandar yang kecil!
Ternyata cita itu menjadi benar...
Kerana mereka telah menang di alam cita sebelum bertarung di alam nyata..
Bukankah hebat mempunyai cita?
 
dan kita...
 
Apakah cita kita?
...adakah sekadar 10-20 mendatang?...
...adakah sekadar cita dalam pengajian dan kerjaya?...
ternyata perjalanan kita sangat bernilai dari sekadar bercita pendek..
 
Maka akhi...
Bercita-citalah!
The Web, TC
25/2/10
6:06pm
 
"Kemenangan Adalah Kepastian, Maka Berdoalah Agar Tergolong Pahlawan Kemenangan"
 


New Email names for you!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Comments

Anonymous said…
Masha Allah..
great!!
praying is also about telling our ambition!!

May Allah guide us alwaiz
InshaAllah

Popular posts from this blog

pengatur