Hero 2

Para sahabat diseksa kerana beriman kepada risalah Islam. Rela badan disalai, dibakar, dipukul, dihujam dan dihentak kerana mempertahankan keyakinan yang ada dalam diri mereka. Ketika Bilal disidai di bawah terik matahari, badan beliau menjadi alas sebuah batu besar yang menghempit dada. Lantas dipaksa mengucapkan kata kufur.

Keyakinan beliau tidak merelakannya menggadaikan syurga yang beliau telah lihat jauh disebalik kesakitan seksaan. Kata 'ahad...ahad..ahad..' terucap dari hati. Allah telah menaikkan darjat beliau sebagai hamba abdi di mata manusia menjadi manusia mulia. Semua ini kerana apa? Kerana beliau telah menyaksikan kebenaran, dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk menunaikan hak penyaksian beliau.

~()~

'Short Film' yang dibuat oleh Murad Amayreh ini sangat menyentuh dan menyentak. Penuh dengan analogi mengenai kita. Satu introspeksi terhadapa peranan kita sebagai muslim. Dengan menggunakan senario harian seorang kanak-kanak, beliau berjaya 'convey the message'.


[munir] cuba analogikan dengan isu Palestin.

Comments

Fahmi Bahrudin said…
got the message.. minx izin share..

Popular posts from this blog

kamu siapa?