Sunday, January 2, 2011

tinggi

[CN Tower, Toronto 2010]

Seluruh tenaga dikerahkan. Keringat peluh tercurahkan untuk membina bangunan setinggi langit. Jika boleh mencakar langit tinggi..terus diusahakan. Dan akhirnya, bangunan itu terbina. Megah di mata para pelancong dan menjadi kebanggan semua. Gambar-gambar terpampang. Setelah itu, mereka mendapat bayaran yang setimpal. Lalu arkitek dan kontraktor pun rehat kepenatan. Kesudahannya mereka, tiada siapa tahu.

Bayangkanlah pula jika si arkitek dan kontraktor itu membina bangunan Islam. Peluh yang tercurahkan akan menjadi wangian. Darah hasil luka-luka membina akan menjadi haruman.  
Dengan rahmatNya, kesudahannya, tentu mereka akan rehat di syurga yang abadi. Lalu mereka berkata 
"aku ingin mati berkali-kali"

[munir] CN Tower siap dibina pada 1976 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin