meaning of arts

Alhamamdulillah, semalam sempat mengikuti kelas 'The Divine Code-Unveiling The Secrets of Sacred Arts' yang dibuat oleh Cordova Academy (CA) yang berpusat di Ottawa. Kelas diadakan di University of Ottawa. Teringin untuk mendalami Islamic Arts~
~^~
Tengahari. Ada 'team discussion' di OttawaU. Minta izin untuk keluar awal untuk ke kelas tersebut (yang telah book seminggu awal). Solat Asar di multifaith room. Selepas itu terus ke mont petit untuk pendaftaran. Bayar yuran (special price), terus masuk ke kelas.
~^~
Kelas ini dikendalikan oleh Imam Jebara (Pengetua CA). 29 tahun. Membesar di Ottawa. Hafiz. Ketika sekolah menengah, setiap hari ahad akan ke montreal untuk belajar. Ada ijazat. Kepakaran beliau: classical arabic.
~^~
Banyak nak dikongsi...tak tertulis~Some points...

Ciri2 islamic arts
- mendekatkan orang yang melihat kepada Allah.
- Sumber inspirasi: al-Quran dan as-Sunnah. Sebab itu kalau kita pergi mana2, ada kesamaan dari hasil seni yang dihasilkan oleh orang Islam dulu.
- setiap detail seni ada tujuan yang tersendiri. Bukan saje2
 - Common Symbolism: stars, sky, mountains. (AQ&AS)
- Kebanyakan masjid seperti gunung...ada sebab dia.
  Cth:
 - Warna yang dipakai ada maksud2 tertentu.
    - emas: simbol guidance and understanding. Kebanyakan ayat2 alquran ditulis dengan warna emas. (e.g kaabah, manuscript2 dulu). Kitab2 arab cover ditulis dengan warna emas.
    - Biru: limitless knowledge. God's law and justice. Warna dome of the rock setelah bertukar tangan kepada Salahuddin diubah warna kepada biru (menunjukkan keadilan kepada semua).

.......sambung lain kali...jika diizinkan~

wallahu'alam

[munir] jom jaulah ke andalus...turki...etc

Comments

Popular posts from this blog

kamu siapa?