Posts

Showing posts from February, 2011

kucing

Image
[rumah kucing parlimen-sejak akhir 1970an] Kali terakhir saya melawat mereka dua bulan lalu. Kali ini, bulu mereka sudah lebat. Ada si kucing, si tupai dan si burung. Bagel yang ada ditangan diberikan kepada si tupai..mereka merebutnya. Lapar agaknya. Rumah ini dibina untuk kucing-kucing terbiar yang sejak dulu tinggal di Parliament Hill. Baik hati  Irène Desormeaux yang mencadangkan rumah ini. Bila melihat rumah ini, teringat kepada kisah seorang tokoh dakwah. Kisah di mana beliau tersentuh dengan dakwah beberapa pemuda. Beliau suka akan binatang peliharaan. Sebelum pemuda-pemuda tersebut bersurai, salah seorang daripada mereka sempat berkata, "inikan menjaga binatang, apatah lagi jika menjaga manusia." (mafhum). Ada manusia yang perlu kita hulurkan tangan.

reading week is minggu membaca

Image
Selepas program 'seruan', pergi bawa kawan-kawan jauh berjalan. Orang Jogja sebut muter2 Ottawa. Terus planning...nak gi jalan mana?? Pilih tempat-tempat yang membuka minda dan bermanfaat....tengok direktori... Destinasi 1: Parliament Hill Pusing-pusing bukit parlimen, terjumpa dengan pelajar-pelajar sekolah tinggi. Ada lawatan sambil belajar. Alang-alang, terus ikut penunjuk jalan mereka. Habis diterangkan sejarah bukit tersebut dan juga sejarah air pancut berapi. (bersempena 100 tahun confideration canada). Jam pukul 2.30pm. Rancangan seterusnya, ke muzium sains teknologi canada . ( kami peminat museum ). Selepas membeli tiket, terus muter2 dalam muzium tersebut...mencari ilmu baru~ Destinasi 2:Canada Science and Technology Museum Mutar2 sampai muzium tutup....pakcik guard suruh keluar muzium. Keletihan. Terus mencari kerusi untuk berehat. Terjumpa seorang makcik tua canadian. Maka berbuallah makcik tersebut bersama kami. ........ditengah2 perbualan... mc    : Datang...

pengatur

Image
Memang benar Allah yang mengatur segalanya. Dari sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar perkara. Kes 1 Selesai sebuah perhimpunan pelajar di Kanada, saya terus ke tempat kapal terbang mendarat dan berlepas untuk menghantar kawan. Masih ada lebih 2 jam. Kawan saya itu, terus check in untuk ambil boarding pass. Alhamdulillah, tiada masalah. Masih ada kurang lebih 2 jam sebelum berlepas. Kami terus mengeteh di timmy terdekat.... Eh, belum solat Asar lagi. Saya minta diri untuk solat Asar sebentar. Turun ke tingkat bawah-solat 'asar. Selesai solat, terus bergegas ke atas semula. Mereka dah tiada...rupa-rupanya dah masuk ke terminal. Tak sempat salam lagi. Belum tahu bila akan bertemu lagi. Dalam fikiran: mereka tergesa-gesa kot. Takut nanti flight terlepas. ilal liqo-ma'as salamah Pulang ke rumah untuk berehat. Belum sampai sejam di rumah, terima panggilan telefon. "............." Memang Allah maha merancang. Mereka terlepas flight sebab custom negara pakcik Sa...

kemudian

Image
Dalam bilik petak itu, seorang saudaraku menceritakan teori kebangkitan dan fasa-fasa perjuangan. Terasa indah sekiranya masuk ke fasa seterusnya. Tapi ada persoalan di situ. Lantas saya bertanya, "Jika kita berjaya ke tahap seterusnya, bukankah ujian yang mendatang akan lebih besar dan lebih hebat?" "La...sudah pasti...bila kita dah lepas satu tahap (nb: berjaya)...iman kita sepatutnya lebih mantap dan kuat dan bersedia menghadapi ujian yang mendatang. Usaha dan pengorbanan perlu digandakan," jawabnya. Semoga Allah menetapkan hati saya dan anda di atas deen Nya. c

cita-cita

Image
esok bila tiba di sekolah, seorang lagi syahid.  ada yang gembira, ada yang sedih. saya pilih gembira kerana yakin dia gembira. umur yang muda tapi dah mencapai cita-cita. dan saya masih ' struggle ' dengan diri. [ al-mautu fi sabilillah asma~ amanina ] ini untuk versi live

kerana ia tumbuh berganda

Dari universiti, bergegas menaiki bas~ ~^~ Malam tadi masjid di kawasan rumah saya menganjurkan majlis amal untuk mengumpul dana pembangunan masjid. Rujuk sini [ amacanada.org ]. Masih banyak yang diperlukan untuk merealisasikan mimpi masyarakat setempat sejak 16 tahun dulu. Alhamdulillah, wujud insan-insan dermawan berusaha mencontohi Abd Rahman Auf. Puluhan ribu disumbangkan oleh individu yang diberi kurnia. fastabiquul khairat . Majlis dimulai dengan bacaan ayat al-quran oleh qari. Ayat yang dibaca 2:261. Siapa tak mahu gandaan seperti itu. Semoga masjid ini menjadi titik tolak baru kepada tarbiyah umat sini. Suasana ini mengingatkan saya kepada ' malam badar ' yang menjadi acara tahunan di sekolah hidayah. Teringat juga seruan-seruan infaq... Palestin ..Iraq...Sekolah...Pakistan...dakwah...tarbiyah....kadang terasa berat untuk mengeluarkan padahal cepat saja dikeluarkan untuk tujuan-tujuan kurang penting. ~^~ Kelmarin ada seorang akh pesan...dalam sembang-sembang kopi.....

suci

Image
Semalam, salji turun agak lebat. Bila lihat luar tingkap, tanah dan jalan yang dulunya berdebu dan berlecak kembali memutih. Makhluk-makhluk putih itu telah memadam warna-warna kekotoran. Esok, kemungkinan warna kekotoron tersebut akan muncul kembali. Tiada siapa tahu. Nah, begitu juga dengan hati. Bila mula muncul bintik-bintik hitam, akan datang perkara yang memutihkan. Jika tiada, perlu kita cari. Takkan nak biarkan terus berlecak. Jika ada, jangan pula kita menolak. Nanti lecak-lecak kotor akan kembali. Tapi, seperti salji, bila dah memutih, akan ada saat-saat ia mencair. Lalu mengharapkan salji untuk turun kembali. Tapi jangan lupa Yang menurunkan salji itu. Begitu juga hati.

qowiyul jismi

Image
[bersama izzat syahmi | Rehlah 2010] Pembinaan itu berkisar seputar 'sepuluh'. Salah satunya 'berbadan sihat dan kuat'. ~*~ Badan dan jasad adalah amanah. Ada hak yang perlu ditunaikan. Untuk mengembalikannya kepadaNya. Juga antara ciri pemimpin. Telusuri kisah Talut. Sang pemimpin yang diangkat. Bila sebut 'kuat', bukan sekadar fizikal, tapi merangkumi akal dan jiwa. Kuat juga: mampu mengawal galaksi perasaan. Juga mengelola hati. Maka usaha ke arah  melengkapkan diri perlu ditekankan. -tabiat pemakanan-kebersihan rumah-pakaianmu -kesihatan tubuh-kestabilan perasaan-riadhah ... dan segalanya, untuk dikembalikan kepada Allah. “Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa ”. Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. (QS. 2:247) “Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: “Ya bapakku ambillah ia sebagai orang yan...