Thursday, February 3, 2011

suci


Semalam, salji turun agak lebat. Bila lihat luar tingkap, tanah dan jalan yang dulunya berdebu dan berlecak kembali memutih. Makhluk-makhluk putih itu telah memadam warna-warna kekotoran. Esok, kemungkinan warna kekotoron tersebut akan muncul kembali. Tiada siapa tahu.

Nah, begitu juga dengan hati. Bila mula muncul bintik-bintik hitam, akan datang perkara yang memutihkan. Jika tiada, perlu kita cari. Takkan nak biarkan terus berlecak. Jika ada, jangan pula kita menolak. Nanti lecak-lecak kotor akan kembali.

Tapi, seperti salji, bila dah memutih, akan ada saat-saat ia mencair. Lalu mengharapkan salji untuk turun kembali. Tapi jangan lupa Yang menurunkan salji itu. Begitu juga hati.

4 comments:

sarah zainalputeh said...
This comment has been removed by the author.
sarah zainalputeh said...

the last paragraph.
tak faham

"Lalu mengharapkan salji untuk turun kembali. Tapi jangan Dia yang turunkan salji itu"

maksud?

Anonymous said...

opick : tombo ati~

+akufobia+ said...

brr.ke nak pergi kat tempat yang sentiasa bersalji?antartika?aleale.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin