canal itu
Kali pertama melihat canal ini, disangka beku keseluruhannya. Bila terjatuh, sakit. Rupa-rupanya bila diperhatikan, masih ada air yang mengalir di bawahnya. Bila permukaan menjadi tidak rata, air akan dipam keluar sikit demi sedikit. Lalu diratakan.
~^~
Peribadi dia memang agak keras berbanding dengan yang lain. Persepsi pertama apabila bertemu dia, disangka orang yang keras. Melihat cara dia bergaul, memang keras. Tapi, ternyata saya tersilap dan bersalah kerana membuat sangkaan awal. Apabila mula mengenali dia, jiwanya lembut dan hatinya mudah tersentuh.~^~
Seperti Rideau Canal, air lembut sentiasa ada di bawah permukaan ais yang keras. Bila masanya, air di bawah akan dikeluarkan. Siapa sangka.[munir] Rideau Canal officially closed for the season.
Comments