Titian Fitrah : Sambungan
1. Tujahan Nurani
Kami meyakini bahawa segala keberhasilan dan kejayaan di alam nyata berawal daripada kejayaan dan keberhasilan di alam keyakinan. Tidak mungkin seseorang itu mencapai kemenangan setelah berusah sehabis mungkin sekiranya dia tiak membayangkan serta meyakini bentuk dan hakikat kemenangan itu terlebih dahulu di dalam diri. Seperti seorang penakluk, mustahil untuk dia menakluk sebuah negara tanpa terlebih dahulu mengkaji serta mempunyai gambaran yang jelas mengenai geografi, budaya dan pemikiran manusia di negara yang bakal mereka takluk. Begitu juga dengan iman.
Bagaimana kita hendak menjelaskan kehebatan dan kebenaran iman kita sekiranya kita sendiri tidak dapat membenarkannya dalam benak fikiran kita. Memang benar kita sering berhadapan dengan perkara-perkara yang menentang keimanan kita. Lantas di situ letaknya satu keperluan, bukan lagi kehendak kepada satu tujahan yang mampu menembus nurani kita lalu membangkitkan iman yang tidur mengantuk. Mudah-mudahan pada akhirnya kita kembali kepada Rabb kita dalam keadaan yang diredhaiNya.
”Dan barang siapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal saleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia), (iaitu) surga 'Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan).” (Thaaha: 75-76)
Sepanjang penulisan dalam bahagian ini, kami berusaha untuk mengutip mutiara-mutiara mereka yang telah terbukti berjaya membangkitkan perasaan keimanan yang utuh dalam diri dan manusia-manusia di sekeliling mereka. InsyaAllah buku-buku tarbiyah ruhiyah (pendidikan spiritual), tazkiyatun nafs (penyucian diri) serta buku-buku yang menyentuh perihal pendidikan hati yang dapat mengantarkan kepada tujuan yang diidamkan akan kami belek, amati, mudahkan, cerna dan sampaikan kepada anda melalui tulisan-tulisan yang mudah difahami.
Semoga Allah terus memberi kita petunjuk dalam aktiviti kita seharian.
”Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". (Al-Baqarah: 120)
2. IQ (Intisari Quran)
Saudaraku, terangkan kepadaku kitab agamamu...
Saudaraku yang mulia, kami merasakan bahawa dalam detik-detik hidup anda, pernah ada ketikanya ketika anda ditanya mengenai perihal kitabmu iaitu al-Quranul Karim. Lalu, apakah jawapan yang anda berikan?
Saudaraku fillah, kami merasa pilu dan sedih melihat keadaan umat Islam kini yang semakin hari semakin jauh dari sumber yang memberi petunjuk. ”Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,” (Al-Baqarah : 2). Maka apakah yang akan jadi sekiranya seseorang itu tidak mengikut petunjuk yang diberikan ketika jauh berada di dalam hutan. Pasti sesat. Bayangkan pula jika ada seseorang yang mencipta satu alat elektronik yang begitu rumit dan memerlukan langkah-langkah tertentu untuk mengoperasikannya. Lalu, anda terus mengambil alat tersebut dan menekan punat-punat yang ada padanya dengan sesuka hati. Apakah yang akan terjadi?
Maka kehidupan kita yang jauh lebih rumit juga begitu. Kini kita berada dalam keadaan meraba-raba mencari jawapan kepada segala penyelesaian hidup baik ekonomi, sosial dan aspek-aspek lain dari kehidupan kita. Maka kami menyedari bahawa menjadi tanggungjawab kami untuk menjelaskan kepada anda, saudara kami dengan rasa kasih dan cinta akan hikmah, pelajaran dan petunjuk yang boleh kita cedok daripada Quran dan mencerna dalam kehidupan seharian.
”Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (Al Qur'an) kepada mereka yang Kami telah menjelaskannya atas dasar pengetahuan Kami; menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”. (Al-A’raf : 52)
Saudaraku yang dikasihi,
Al-Quran ini bukanlah tidak bermanfaat sama sekali sekiranya dibiarkan tersusun rapi dan bersih di almari kita dan hanya dibuka ketika bulan Ramadhan dan hari-hari tertentu sepanjang hidup kita. Kitab ini perlu dibelek, disemak, dibaca, diteliti dan difahami isi kandungannya barulah kita layak membuat pengakuan bahawa al-Quran ini adalah perlembagaan, panduan dan kitab kita! Al-Quran ini tidak berhak untuk sekadar mengisi ruang-ruang dalam majlis yang kebanyakan orang gelar dengan ’majlis agama’ atau ketika majlis-majlis membaca al-Quran seperti yang kebanyakan daripada masyarakat kita amalkan. Pemahaman seperti ini seolah-olah mengatakan bahawa kitab suci ini hanya mengambil kira aspek ’keagamaan’ sahaja sedangkan aspek kehidupan lain seperti belajar dan pergaulan tidak terkandung di dalamnya.
” Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” (An-Nahl : 89)
Ayuh kita buka kembali quran kita yang telah sekian lama tertutup. Berusaha sedaya upayalah untuk mengisi setiap hari anda dengan membacanya. Biar mula dari sedikit, insyaAllah anda akan merasakan kemanisannya saat ayat-ayat Allah ini menari-nari di hati anda...hilanglah segala kegelisahan dan kerisauan.
”(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’du : 28)
...dan kami akan menghulurkan tangan membantu...
3. Uswah
Kami merasakan satu kekurangan sekiranya kami hanya menyampaikan sekadar kata-kata melalui tulisan ini sekiranya tidak menyertakan satu contoh praktikal dan realsitik. Atas kesedaran inilah kami berusah untuk mengajak anda hidup bersama Rasulullah melalui sirahnya yang harum semerbak. Ya, mustahil untuk seorang yang mengaku muslim itu tidak mengenali Rasulullah yang merupakan uswah hasanah, qudwah sholihah dan figur yang sempurna bagi semua umat sepanjang zaman.
”Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzab : 21)
Cuba anda semak dan teliti sejarah tokoh-tokoh yang berpengaruh sepanjang sejarah kemanusiaan. Kami pasti bahawa anda tidak akan menumpai seorang tokoh pun yang sejarah hidupnya sejak kelahirannya sehingga akhir, kata-katanya dan gerak gerinya yang lengkap dan terperinci seperti Rasulullah. Segala aspek dalam hidup Rasulullah baik rumah tangga ataupun kehidupan seharian, semuanya tercatat dalam hadis-hadis dan kitab-kitab tinggalan ulama’. Ternyata Rasulullah merupakan satu-satunya tokoh peradaban yang berjaya dalam semua bidang. Baginda merupakan seorang Rasul, panglima perang, bapa, suami, ahli politik, ahli perniagaan dan lain-lain lagi. Terbukti bahawa Rasulullah merupakan seorang tokoh yang berjaya menyatukan agama dan dunia, ibadah dan kehidupan, tazkiyah (menyucikan jiwa) dan jihad dan semua itu dilakukan tanpa menimbulkan ketempangan dalam segi apa pun.
Kami berharap bahagian ini penuh dengan mutiara-mutiara kebaikan dan kesholihan yang dapat dijadikan pengajaran dan ikutan untuk kita semua. "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung." (Al-Qalam : 4)
Kami ingin menulis bahagian ini dengan menjadikan beberapa perkara sebagai asas perbincangan:
- Sumber yang diambil ialah dari Al-Quran dan hadis-hadis shohih.
- Buku-buku sirah yang masyhur seperti raheeq makhtum karya Saifur Rahman al-Mubarakpuri dan Sirah Nabawiyah oleh Mustafa Siba’ie. Begitu juga kitab-kitab sirah lain yang tidak dapat kami senaraikan di sini.
- Fokus utama bahagian ini adalah untuk mengambil pengajaran di sebalik hadis-hadis nabi yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Alhamdulillah, seorang akh (saudara lelaki) telah menyatakan kesanggupan beliau untuk mengisi ruangan ini. Semoga Allah memberkati dan merahmati usaha beliau ini. Ameen.
...kenapa mereka yang mengaku pengikut Muhammad tidak mencermin sirahnya...
4. Masa Kini
Masa kini menyaksikan umat Islam berada dalam satu keadaan yang memilukan dan menyedihkan. Kegemilangan umat Islam suatu masa dahulu hanyalah menjadi slogan-slogan yang dilaungkkan sedangkan umat terus lemah seolah-olah ada penyakit berbisa yang mematikan nadi uamt ini. Akan tetapi, bukankah Allah telah memilih kita sebagai umat terbaik?
”Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Ali ’Imran : 110)
Ternyata ada masalah besar yang sedang kita hadapi. Ternyata ada penyakit yang sedang kita deritai yang menjadikan kita terus diinjak dan diperkosa. Akan tetapi bukankah kemenangan itu adalah satu kepastian daripada Allah? Persoalan yang perlu dijawab bersama ialah apakah peranan kita dalam menyelamatkan dan menyuntik ubat ke dalam nadi umat ini? Apakah ciri-ciri yang seharusnya kita miliki untuk melayakkan diri kita menjadi ’doktor’ umat ini?
Tujuan kami menulis bahagian ini ’Masa Kini’ adalah untuk menggambarkan kepada anda mengenai keadaan kita umat Islam pada masa kini. InsyaAllah akan kami mudahkan persoalan yang rumit agar anda dapat memahami tanggungjawab yang perlu kita pikul bersama dan bukan sekadar bersyahadah kemudian duduk berdiam diri.
Semoga usaha ini menjadi sumbangan kami untuk memperbaiki keadaan umat Islam.
...bukankah kita satu anggota?..
Comments
sambungsambungsambung
dh sambung
sambung lagi
boleh baca x2