Friday, September 10, 2010

EID @ Ottawa

Allahuakbar...Allahuakbar...Walillahil Hamd.

10 Sept - Umat Islam di Canada menyambut Eidul Fitri dengan penuh jiwa kemenangan. Seawal 7.00 pagi, umat Islam mula memenuhi Ottawa Civic Centre untuk melaksanakan ibadah solat sunat Eidul Fitri. Mereka yang datang dari seluruh Ottawa hadir dengan pakaian terbaik mereka dan dengan wajah yang ceria. Anak-anak kecil digendong dan yang kurang upaya dipapah. Acara yang penuh barakah ini dianjurkan oleh MAC (Muslim Association of Canada) dan OMA (Ottawa Muslim Association).


Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada imam-imam masjid dan pembesar tempatan. Masing-masing mengucapkan salam dan perasaan gembira dengan hari yang penuh barakah tersebut. Seterusnya pengerusi majlis membacakan beberapa pengumuman antaranya mengkhabarkan 'Eid Festival' yang akan diadakan pada keesokan hari di Carleton University. Seterusnya hadirin bertakbir memuji tuhan sekalian Alam...Allahu Akbar.

Majlis diteruskan dengan solat sunat Eidul Fitri dan disusuli dengan khutbah yang membangkitkan semangat untuk menghayati Islam dalam ssegenap kehidupan. Antara peringatan yang disampaikan oleh khatib ialah:


1- Istiqomah dengan amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan dalam bulan Syawal dan yang mendatang. Jadilah hamba rabbani, bukan hamba Ramadhan.


2. Kepentingan penghayatan al-Quran. Bacalah al-Quran setiap hari dan cuba memahami isi kandung al-Quran.


3. Berakhlak Islami. Islam sebagai cara hidup terbaik sepatutnya menjadi contoh kepada mereka yang belum menerima Islam. Oleh itu menjadi tanggungjawwab setiap muslim untuk menjadi contoh kepada masyarakat.


4. Apa langkah kita setelah menjalani latihan Ramadhan? Apakah masih sama keadaan kita seperti sebelum Ramadhan?


5. Bagaimana anda menyambut Syawal? Adakah dengan ibadah atau perbuatan sia-sia.


 anak kecil
Bersalaman dan berpelukan setelah selesai solat

[munir] Apa yang saya sedar ialah kesatuan dalam kepelbagaian. Begitulah indahnya Islam. Tiada perbezaan antara satu sama lain.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin