Wednesday, September 8, 2010

Sebuah permulaan

Canada. Bumi yang suatu ketika dahulu tidak pernah menjangka kaki ini akan menapak. Apatah lagi, membayangkan diri ini akan bertapak bertahun-tahun. Namun, aturan Allah itu maha bijak. Penuh dengan hikmah yang tidak diketahui manusia.

Alhamdulillah, baru sejenak berada di bahagian hemisfera atas bumi ini mengingatkan diri kepada ayat Allah yang menjanjikan kebaikan kepada mereka yang menjelajah bumi memerhatikan kuasa dan tanda penciptaanNya. Apakah kita tidak memikirkannya?

Antara tanggungjawab

Ribuan kilometer telah ditempuhi meninggalkan tanah air dan insan-insan yang dekat di hati. Maka apakah hanya cukup kita bergelar pelajar dengan duit dan masa yang kita dan mereka curahkan? Ribuan kilometer ditempuhi..apakah tidak rugi jika kita hanya bermatlamatkan mendapatkan segulung ijazah yang diikutkan tidak perlu merantau sejauh ini untuk mendapatkannya?

Lalu tiba saat kita merefleksi dan muhasabah kembali tujuan dan matlamat kita memilih untuk berada di sini.



Maka apakah niat dan tujuan anda?

1 comment:

AmirSyafiq said...

haah.la.ek
xkan.laa.itu.jek

[amirS] jalan.raya.dia. bersihnyaa...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin