pengatur

Memang benar Allah yang mengatur segalanya. Dari sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar perkara.

Kes 1


Selesai sebuah perhimpunan pelajar di Kanada, saya terus ke tempat kapal terbang mendarat dan berlepas untuk menghantar kawan. Masih ada lebih 2 jam. Kawan saya itu, terus check in untuk ambil boarding pass. Alhamdulillah, tiada masalah. Masih ada kurang lebih 2 jam sebelum berlepas. Kami terus mengeteh di timmy terdekat....

Eh, belum solat Asar lagi. Saya minta diri untuk solat Asar sebentar. Turun ke tingkat bawah-solat 'asar. Selesai solat, terus bergegas ke atas semula. Mereka dah tiada...rupa-rupanya dah masuk ke terminal. Tak sempat salam lagi. Belum tahu bila akan bertemu lagi. Dalam fikiran: mereka tergesa-gesa kot. Takut nanti flight terlepas.

ilal liqo-ma'as salamah

Pulang ke rumah untuk berehat. Belum sampai sejam di rumah, terima panggilan telefon. "............." Memang Allah maha merancang. Mereka terlepas flight sebab custom negara pakcik Sam tahan lama sangat....next flight esok pagi.

Terus ke airport semula untuk menjemput mereka. Rezeki saya untuk bersama dengan mereka lagi. Rezeki mereka juga untuk menikmati 'jamuan' malam tu~ Nak singgah winterlude..tapi dah habis. Tundda tahun depan.

Allah itu ada,

Kes 2


Keesokan esoknya kes 1.

Lepas makan, terus ke tempat pertemuan pemandu-pemandu bas berlambang anjing greyhound. Kali ini untuk menghantar kawan ke 'capital Ontario'. Masih ada approx 40 minit sebelum waktu berlepas. Perjalanan ambil masa 30 minit. Ikut perancangan, masih sempat.

Nak jadi cerita, rancak berbual dalam bas....rasa macam dah lama dalam bas. Sedar2, dah terlepas jauh. Minta seorang member call syarikat bas tersebut...".........." Bas terakhir baru sahaja bertolak. Terlepas lagi.

Rezeki saya dapat bersama mereka lagi. Rezeki mereka dapat mengenali bandar diplomatik.

~^~

Allah itu Maha Merancang. Bila Dia yang rancang, kamu perlu redha. Jangan sesekali berbangga bila sesuatu itu terjadi mengikut apa yang telah anda rancang....sesungguhnya, ada Allah disebalik semua pelaksanaan tersebut. Istaghfir...astagfirullah.

[munir] Selamat pulang ke rumah masing-masing. Semoga bersama kita melaksanakan hak syahadah. Moga kita mampu buat negeri ini selalu tersenyum, bahagia dan sejahtera dalam cintaNya..

Comments

AmirSyafiq said…
hidup.munir.penuh.dengan.makan+terlepas.

Allah.itu.ada.
kann?
Unknown said…
itu kira perancangan DIA@kelalaian kita?aa.
Unknown said…
-kaufobia-

mmg dh rncang baik.

ada hikmah disebalik kejadian..

macam lagu hikmah-tashiru~
Unknown said…
hmm.mungkin betul mungkin salah.hee.

Popular posts from this blog