Posts

Showing posts from September, 2012

kerana kekal

Image
sumber                 Tadi dalam kelas psikologi terjadi suatu persoalan menarik. "Apa yang anda rasa kalau menang lottery satu juta dollar?" tanya puan lecturer. "100% GEMBIRA," jawab salah seorang pelajar setelah ditanya. "Itu pasti, tapi berdasarkan statistik, perasaan gembira itu tidak akan kekal lama dan akan menurun," tambah puan lecturer. ~*~ Ya, sepanjang hidup kita cuba kira berapa banyak perkara yang dahulunya kita teringin sangat untuk capai. Mungkin nak sangat masuk sekolah berasrama penuh, masuk universiti top dunia, pergi tempat yang diidami, dapatkan gadget terkini dan sebagainya. Perasaan kita pula pasti seronok apabila mendapat perkara yang diidami. Perhatikan pula beberapa ketika setelah kita mendapat perkara tersebut. Adakah perasaan 'nikmat' itu kekal, bertambah atau berkurang? Saya yakin..kebanyakannya akan berkurang. Lalu, saya terfikir tentang nikmat yang Allah akan berikan kepada hambaNya di syurga. Dalam hadis ada me...

tasik merah jambu

Image
Gatineau terletak di wilayah Quebec. Masyarakat sini menjadikan bahasa peranchis sebagai bahasa utama berbanding bahasa inggeris. Ini dapat dilihat melalui signage dan iklan-iklan berbahasa peranchis yang menghiasi jalan-jalan di sini. - - Setelah selesai menunaikan solat fardhu Subuh di Main Mosque Ottawa, kami bergerak menuju Gatineau Park. Kami membaca wazifah sughro yang ingin kami jadikan wirid harian dalam kereta. Selepas itu masing-masing menceritakan pengalaman cuti summer. - - Di Gatineau Park terdapat sebuah tasik yang unik dan cantik. Kalau boleh saya bandingkan dengan tasik-tasik di Banff, lebih kurang sama cuma di sini tiada gunung-gunung bersalji yang menjadi wallpaper. Tasik ini unik kerana sifat 'meromictic'nya. Apakah itu? Meromictic itu ialah tasik yang terdapat lapisan air yang tidak bercampur. Sebagai penjelasan, tasik ini mempunyai 2 lapisan air. Lapisan pertama merupakan air yang mengandungi oksigen dan lapisan kedua tidak beroksigen. Lapisan paling d...

pasti ada ruang

Image
Di sepanjang lebuh raya utara-selatan disediakan beberapa tempat Rehat dan Rawat (R&R). Kalau di Ontario, sepanjang lebuhraya 401 terdapat beberapa tempat persinggahan yang diberi nama ONroute. Kami berhenti di ONroute kawasan Trenton untuk bersarapan. Semakin lama semakin ramai yang memenuhi ruang rehat. Memang fitrah manusia perlukan rehat setelah kepenatan bekerja. Sepanjang perjalanan harian kita, berapa banyak waktu kita kerahkan tenaga dan perahkan fikiran? Pasti akan berakhir dengan kepenatan. Jenis kepenatan ada dua - Fizikal dan rohani. Kepenatan fizikal tidak mampu mengalahkan rohani tetapi kepenatan rohani akan memenatkan fizikal. Bila rohani kering, badan ang sihat akan terasa berat dan malas. Nafas dan dada terasa sempit seperti ada beban yang menimpa. Begitulah gambaran rohani yang lemah. Di mana hendak kita cari waktu rehat? Sedangkan tugas harian sangat banyak dan memenuhkan jadual kita. Ada satu syair indah di dalam kitab raqaiq karya Muhammad ar-Rasyid yang m...

bawa yang penting sahaja

Image
"Berapa beg kamu bawa?, tanya pegawai imegresen. "Dua," jawab saya. Jumlah berat beg yang boleh kami bawa dari Malaysia ke Toronto ialah 46kg (max 23kg per beg). Keperluan masing-masing berbeza. Ada yang bawa beg kecil, ada yang bawa beg besar. Mereka yang ada urusan bisnes satu-dua hari mungkin bawa beg pakaian yang kecil. Mereka hanya bawa barang fan dokumen yang penting. Disebabkan urusan yang sekejap dan penting, barang-barang keperluan yang menggangu dan mampu menghambat urusan bisnes, mereka akan tinggalkan. Kerana keputusan yang bakal mereka 'deal' dan buat mungkin melibatkan hubungan dua negara atau bernilai ber'billion' dollar. ~ "Thank you," ucap pegawai tersebut sambil memberi sekuntum senyuman setelah meneliti permit dan passport saya. "Thanks," balas saya dengan senyuman. Memang menjadi kebiasaan mereka untuk senyum dan menyapa kepada sesiapa sahaja yang berurusan dengan mereka. Bahkan semua tempat begitu, baik di ke...

mereka pernah tewas

Image
Alhamdulillah kapal terbang Japan Airline selamat mendarat jam 7.05 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun. Semua penumpang mengambil beg masing-masing dan bersedia untuk keluar.Saya menunggu semua keluar untuk mengelak kesesakan.- juga kerana tiada apa yang perlu dikejar memandangkan saya transit di lapangan terbang itu selama 10 jam. [ sumber ] ~i~ Negera Jepun merupakan sebuah pulau di Asia Timur. Dengan anggaran penduduk melebih 120 juta dan mempunyai sejarah panjang, pasti banyak yang boleh dipelajari. Ramai yang mengenal negara ini melalui produk atau imej yang mereka berjaya hasilkan dan mengalirkan keluar sehingga mempengaruhi masyarakat dunia - i.e. jenama terkenal seperti sony, panasonic dan juga glico. Negara ini juga terkenal kerana penglibatan mereka dalam perang dunia kedua dan peristiwa besar pengeboman Hiroshima dan Nagasaki dan bagaimana mereka . Tanyalah pada semua berkenaan bom atom..pasti negara Jepun akan dikaitkan. M...

last day in Malaysia

Selama cuti, kurang menulis. Kerana apa? wallahu'alam. Sebagai muqaddimah sesi penulisan baru, saya kongsikan cadangan blog2 menarik untuk dibaca: http://fikrah-dakwah.blogspot.com http://zadud-duat.blogspot.com http://www.dakwatuna.com/ Saya bercita-cita untuk selalu menulis dalam musafir (i.e ketika dalam kereta, menunggu di airport, dalam kereta api-O, bas greyhound) [munir] Seorang akh, pemulis terkenal Salim Akhukum Fillah, menulis buku Dalam Dekapan Ukhuwah banyak dalam keadaan musafir.