bawa yang penting sahaja

"Berapa beg kamu bawa?, tanya pegawai imegresen.
"Dua," jawab saya.
Jumlah berat beg yang boleh kami bawa dari Malaysia ke Toronto ialah 46kg (max 23kg per beg). Keperluan masing-masing berbeza. Ada yang bawa beg kecil, ada yang bawa beg besar. Mereka yang ada urusan bisnes satu-dua hari mungkin bawa beg pakaian yang kecil. Mereka hanya bawa barang fan dokumen yang penting. Disebabkan urusan yang sekejap dan penting, barang-barang keperluan yang menggangu dan mampu menghambat urusan bisnes, mereka akan tinggalkan. Kerana keputusan yang bakal mereka 'deal' dan buat mungkin melibatkan hubungan dua negara atau bernilai ber'billion' dollar.
~
"Thank you," ucap pegawai tersebut sambil memberi sekuntum senyuman setelah meneliti permit dan passport saya.
"Thanks," balas saya dengan senyuman.
Memang menjadi kebiasaan mereka untuk senyum dan menyapa kepada sesiapa sahaja yang berurusan dengan mereka. Bahkan semua tempat begitu, baik di kedai runcit, stesen minyak dan pejabat kerajaan. Ini antara budaya islam yang kita kehilangan.
~
Ya, hidup kita di dunia ini adalah singkat dan yang pasti ia akan ada tarikh tamatnya. Tiada siapa tahu. Dan keputusan yang kita buat di atas bumi ini bukan sekecil hubungan antara negara dan bernilai billion dollar. Tapi keputusan seluas hubungan hamba dengan rabb, ilah dan malik dan bernilai infinity dollars. Kalau ada perkataan yang melebihi inifinitu saya akan gunakan.
Tapi yang hairan, kita masih lagi berseronok dan berlembut dengan isi kandungan beg kita. Kita masih membawa dan membenarkan barang-barang yang tidak penting bahkan menggangu perjalanan kita masuk ke dalam beg kita. Dan bila berjalan, kita yang akan penat dek kerana beratnya beg tersebut
Memang ada yang kurang pandai menentukan barang apa yang perlu dibawa dan ditinggalkan. Kerana itu kita perlukan kawan dan saudara supaya mereka boleh bantu dan membimbing kita "bawa yang penting je tau". Syarat utama ialah mereka sendiri dan kita perlu ada cita-cita yang sama. Ingin bawa barang-barang yang penting sahaja untuk ke deatinasi- ingin kebaikan dan meningkat amal soleh.
Saya terlupa untuk sebutkan ke mana destinasi yang kita ingin tuju - SYURGA
- -
Pearson Airport, Toronto
3 Sept 2012
[munir] sedang menunggu seorang akh yang drive dari ottawa untuk menjemput saya. Semoga Allah membalas anda dengan selayaknya.

Comments

Popular posts from this blog

Well Water Safety: Testing, Contaminants, and Treatment Solutions

Iron Filters for Well Water on a Budget: Affordable Options That Work – Your Comprehensive Guide pen_spark