Wednesday, September 5, 2012

pasti ada ruang

Di sepanjang lebuh raya utara-selatan disediakan beberapa tempat Rehat dan Rawat (R&R). Kalau di Ontario, sepanjang lebuhraya 401 terdapat beberapa tempat persinggahan yang diberi nama ONroute.

Kami berhenti di ONroute kawasan Trenton untuk bersarapan. Semakin lama semakin ramai yang memenuhi ruang rehat. Memang fitrah manusia perlukan rehat setelah kepenatan bekerja.

Sepanjang perjalanan harian kita, berapa banyak waktu kita kerahkan tenaga dan perahkan fikiran? Pasti akan berakhir dengan kepenatan.

Jenis kepenatan ada dua - Fizikal dan rohani. Kepenatan fizikal tidak mampu mengalahkan rohani tetapi kepenatan rohani akan memenatkan fizikal. Bila rohani kering, badan ang sihat akan terasa berat dan malas. Nafas dan dada terasa sempit seperti ada beban yang menimpa. Begitulah gambaran rohani yang lemah.

Di mana hendak kita cari waktu rehat? Sedangkan tugas harian sangat banyak dan memenuhkan jadual kita.

Ada satu syair indah di dalam kitab raqaiq karya Muhammad ar-Rasyid yang mafhumnya...akan sentiasa ada kesempatan dan detik baik pada wakti pagi, petang dan malam yang boleh digunakan untuk meningkatkan iman....Ya, memang kita perlukan waktu khusus untuk muhasabah iman kita.

- -
dan Rasulullah berkata kepada Bilal bin Rabah 'arihni bisholah' - rehatkan kami dengan solat.

dan rehat itu bukan 'tidur or lepak2', tapi perbuatan yang menenangkan jiwa dan mencipta momentum baru.

~*~
Trenton, Ontario
4 Sept 2012


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin