mereka pernah tewas


Alhamdulillah kapal terbang Japan Airline selamat mendarat jam 7.05 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun. Semua penumpang mengambil beg masing-masing dan bersedia untuk keluar.Saya menunggu semua keluar untuk mengelak kesesakan.- juga kerana tiada apa yang perlu dikejar memandangkan saya transit di lapangan terbang itu selama 10 jam.

[sumber]
~i~

Negera Jepun merupakan sebuah pulau di Asia Timur. Dengan anggaran penduduk melebih 120 juta dan mempunyai sejarah panjang, pasti banyak yang boleh dipelajari. Ramai yang mengenal negara ini melalui produk atau imej yang mereka berjaya hasilkan dan mengalirkan keluar sehingga mempengaruhi masyarakat dunia - i.e. jenama terkenal seperti sony, panasonic dan juga glico. Negara ini juga terkenal kerana penglibatan mereka dalam perang dunia kedua dan peristiwa besar pengeboman Hiroshima dan Nagasaki dan bagaimana mereka . Tanyalah pada semua berkenaan bom atom..pasti negara Jepun akan dikaitkan.

Menyusuri sejarah jatuh bangun negara ini memberi contoh nyata bahawa negara dan tanah merupakan faktor kedua dalam membina sebuah tamadun. Biarlah di tanah sesubur mana pun, jika petani tidak memanfaatkan kualiti tanah tersebut maka tiada hasil akan keluar. Sebanyak mana minyak yang disimpan dalam bumi, jika tiada yang menggerudi dan memproses minyak tersebut, maka ia tidak akan bernilai. Tiada 'added value' bak kata ahli business.

Ya, manusia adalah faktor utama. Merekalah yang membina, membangun dan memperbaharui sesuatu. Jika manusia yang sesuai diletakkan di atas sebidang tanah, maka tanah tersebut akan dimanfaatkan. Negeri yang pernah jatuh ini bijak memposisikan dan menggerakkan manusia. Lalu negara ini kembali mengambil ruangan di atas pentas pemain besar dunia. Mereka mungkin penjajah dahulu, tetapi mereka berjaya mengubah sikap. Sejarah lalu dijadikan panduan mereka untuk ke depan. Cuma saya kurang pasti jika generasi baru negara tersebut dapat menghayati dan menghidupkan sejarah mereka.

Pernah dalam satu wawancara bersama seorang ahli politik negeri jiran. Ketika berdiskusi mengenai persoalan bagaimana hendak memanfaatkan sumber manusia untuk pembangunan negara. Beliau (saudara yang saya hormati) memberi contoh negara Singapura. Negara tersebut meletakkan 'the best man in the government'. Orang yang terbaik dalam masyarakat diposisikan dalam jawatan-jawatan penting negara. Di situlah minda-minda gergasi berpeluang untuk mencurahkan idea dalam ruang fikir yang lebih besar dan mencapai realiti. Menjadi sebab juga mengapa pegawai kerajaan mendapat gaji yang lebih tinggi dari pekerja swasta.

Jadi ada dua tugas di sini. Pertama, membina manusia-manusia gergasi. Kedua, meletakkan mereka dalam posisi yang sesuai. Dan bagaimana hendak membina manusia gergasi yang akan berkarya di bumi tanpa mengikut panduan pencipta bumi?

...dan 折り紙, origami juga berasal dari Jepun.
_ _
Narita Airport
2 Sept 2012

Comments

zubayrafiq said…
Terfikir, bagaimana agaknya rakyat jepun memupuk kesedaran serta membina semangat yg baru dalam masa yg singkat untuk sampai ke tahap sekarang.
Abdullah Munir said…
Maybe dwngan ultramana dan wira2 lain
zubayrafiq said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

pengatur