tasik merah jambu

Gatineau terletak di wilayah Quebec. Masyarakat sini menjadikan bahasa peranchis sebagai bahasa utama berbanding bahasa inggeris. Ini dapat dilihat melalui signage dan iklan-iklan berbahasa peranchis yang menghiasi jalan-jalan di sini.
- -
Setelah selesai menunaikan solat fardhu Subuh di Main Mosque Ottawa, kami bergerak menuju Gatineau Park. Kami membaca wazifah sughro yang ingin kami jadikan wirid harian dalam kereta. Selepas itu masing-masing menceritakan pengalaman cuti summer.

- -
Di Gatineau Park terdapat sebuah tasik yang unik dan cantik. Kalau boleh saya bandingkan dengan tasik-tasik di Banff, lebih kurang sama cuma di sini tiada gunung-gunung bersalji yang menjadi wallpaper.

Tasik ini unik kerana sifat 'meromictic'nya. Apakah itu? Meromictic itu ialah tasik yang terdapat lapisan air yang tidak bercampur. Sebagai penjelasan, tasik ini mempunyai 2 lapisan air. Lapisan pertama merupakan air yang mengandungi oksigen dan lapisan kedua tidak beroksigen. Lapisan paling dalam (7 meter akhir) tidak mempunyai oksigen maka tidak ada kehidupan di situ kecuali satu- organisma anaerobic pra-sejarah. Sudahkah saya sebutkan bahawa 2 lapisan air ini tidak bercampur?

- -
Islam dan jahiliyah itu tidak pernah bercampur. Tidak ada persimpangan atau jambatan yang menghubungkan antara keduanya walau satu titik. Itulah sifat dasar islam.  Sebegitu jelas Allah menjelaskan hal ini dalam surah al-Kaafirun. Jika sesuatu benda itu bukan islam..maka ia jahiliyah.

Sangat penting untuk kita memahami perkara ini, lebih-lebih lagi di zaman ini yang penuh kekaburan dan kekelabuan. Sukar untuk kita bezakan islam dan jahiliyah kerana solekan indah yang dikenakan pada jahiliyah sehingga terlihat islam jahiliyah itu. Ditambah lagi bisikan hawa nafsu dan manusia sekeliling yang men'justify' jahiliyah itu. Semoga Allah melindungi kita.

Dan untuk kita yang bercita-cita memasuki syurga Allah dan menjadi da'ie, mari berusaha untuk me'meromictic'kan diri kita.
- -
Walaupun nama tasik ini Pink Lake tetapi ia berwarna hijau. Ini disebabkan algae yang mula membiak. Perlukan penulisan saintifik untuk menjelaskan fenomena ini. Bukan di sini :-)



Comments

Popular posts from this blog

Well Water Safety: Testing, Contaminants, and Treatment Solutions

Iron Filters for Well Water on a Budget: Affordable Options That Work – Your Comprehensive Guide pen_spark