sembang2 dalam gerabak
Seperti kebiasaan penduduk Ottawa, mereka lebih gemar memilih kenderaan awam untuk ke tempat kerja dan tempat belajar berbanding memandu kereta sendiri.
Pagi itu hujan renyai. Menambahkan kesejukan udara. Ramai yang berbaris menunggu kedatangan O-Train (gambar di atas). Saya perhatikan pada pagi itu agak ramai yang menunggu. Mungkin kerana pada hari lain saya pergi ke universiti tidak seawal hari tersebut.
~*~
Dalam keadaan yang sesak dalam kereta api tersebut, saya terdengar perbualan dua orang tempatan (bukan curi2 dengar. Mereka yang bercakap kuat).
Salah seorang mengeluh kerana setiap hari terpaksa berhimpit-himpit dalam kereta api. Dia mencadangkan agar ditambah beberpa buah gerabak lagi untuk kemudahan masyarakat setempat...
Tiba-tiba ada seseorang mencelah....'Perkara ini dah lama, tapi mayor sekarang tak buat apa-apa pun. Pilihan raya nanti, pilihlah __________ (menyebut nama saingan mayor sekarang)'
Lupa nak maklumkan. Mereka ada pilihan raya akhir Oktober ini.
~*~
Jika ingin memberi khidmat kepada masyarakat setempat tidak mudah dan memerlukan perhatian yang besar. Apatah lagi jika ingin berkhidmat kepada umat manusia...khalifah...
[Luruskan niatmu...tetapkan langkahmu....demi ridho Ilahi]
Comments