kerana kekal
sumber Tadi dalam kelas psikologi terjadi suatu persoalan menarik. "Apa yang anda rasa kalau menang lottery satu juta dollar?" tanya puan lecturer. "100% GEMBIRA," jawab salah seorang pelajar setelah ditanya. "Itu pasti, tapi berdasarkan statistik, perasaan gembira itu tidak akan kekal lama dan akan menurun," tambah puan lecturer. ~*~ Ya, sepanjang hidup kita cuba kira berapa banyak perkara yang dahulunya kita teringin sangat untuk capai. Mungkin nak sangat masuk sekolah berasrama penuh, masuk universiti top dunia, pergi tempat yang diidami, dapatkan gadget terkini dan sebagainya. Perasaan kita pula pasti seronok apabila mendapat perkara yang diidami. Perhatikan pula beberapa ketika setelah kita mendapat perkara tersebut. Adakah perasaan 'nikmat' itu kekal, bertambah atau berkurang? Saya yakin..kebanyakannya akan berkurang. Lalu, saya terfikir tentang nikmat yang Allah akan berikan kepada hambaNya di syurga. Dalam hadis ada me...