kerana kekal

sumber        

Tadi dalam kelas psikologi terjadi suatu persoalan menarik.

"Apa yang anda rasa kalau menang lottery satu juta dollar?" tanya puan lecturer.
"100% GEMBIRA," jawab salah seorang pelajar setelah ditanya.
"Itu pasti, tapi berdasarkan statistik, perasaan gembira itu tidak akan kekal lama
dan akan menurun," tambah puan lecturer.

~*~

Ya, sepanjang hidup kita cuba kira berapa banyak perkara yang dahulunya kita teringin sangat untuk capai. Mungkin nak sangat masuk sekolah berasrama penuh, masuk universiti top dunia, pergi tempat yang diidami, dapatkan gadget terkini dan sebagainya. Perasaan kita pula pasti seronok apabila mendapat perkara yang diidami. Perhatikan pula beberapa ketika setelah kita mendapat perkara tersebut. Adakah perasaan 'nikmat' itu kekal, bertambah atau berkurang? Saya yakin..kebanyakannya akan berkurang.

Lalu, saya terfikir tentang nikmat yang Allah akan berikan kepada hambaNya di syurga. Dalam hadis ada menyatakan bahawa setiap kali mendapat suatu nikmat di syurga....kita akan minta lagi dan yang kali kedua akan lebih nikmat daripada yang pertama.

Bayangkan kita makan buah epal yang sangat manis. Selepas habis sebiji kita makan lagi sebiji..dan seterusnya. Adakah nikmat epal tersebut berkurang dengan bertambahnya bilangan epal yang di'consume'?

Ataupun kita teringin sangat untuk pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan best (i.e pulau, tempat bersejarah, bangunan cantik). Bila kita sudah pergi buat kali pertama..adakah perasaan untuk pergi kali kedua sama seperti kali pertama? (teringat kisah ketika seorang kenalan ketika temu duga untuk minta biasiswa ke luar negara. Bila ditanya kenapa nak belajar di negara X, beliau menjawab, "sebab tempat itu cantik")

Ternyata apa yang ada di dunia ini tidak akan kekal. Apatah lagi perasaan kita terhadapnya.
Kecuali jika perasaan itu didasarkan kepada sesuatu yang kekal.

Kenapa saya join ini dan itu, kenapa saya pilih ini dan itu, kenapa dan kenapa...? sebab-sebab itu...dasarnya perlu kekal.

Dan Allah itu kekal.

Comments

aRa_HaNi said…
kerana ALLAH itu kekal..maka rasa itu akan kekal
zubayrafiq said…
Apa kaitan dgn gambar?
Abdullah Munir said…
Dasar yg kuatkan.. Teguh... Kekal
Abdullah Munir said…
Dasar yg kuatkan... Teguh

Popular posts from this blog

kamu siapa?